Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Syarikat Telco Akan Tampil...

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo hari ini berkata,...

Pengarah Veterinar Antara Dua...

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis menahan seorang pengarah Jabatan...

Malaysia Berpeluang Raih Pingat...

RIO DE JANEIRO - Malaysia berkemungkinan berpeluang meraih pingat pertama dalam Sukan Olimpik...

Bot Karam Di Sabak...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan takziah...

Polis Tahan 7 Individu Dalam Premis Perjudian

KOTA KINABALU – Polis Kota Kinabalu menahan tujuh individu termasuk dua wanita selepas menyerbu sebuah rumah yang dipercayai menjalankan perjudian dalam talian di Kuala Menggatal petang semalam.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata kesemua individu yang ditahan dalam serbuan jam 5 petang berkenaan berumur antara 20 dan 47 tahun.

“Seorang daripada lelaki yang ditahan adalah pemegang dokumen IMM 13,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

IMM 13 adalah dokumen dikeluarkan dan dikawal selia sepenuhnya oleh Jabatan Imigresen Sabah kepada warga asing yang menjadi pelarian akibat peperangan atau kekacauan di negara asal masing-masing.


Chandra berkata 16 set komputer, satu unit jalur lebar, dua unit modem dan wang tunai berjumlah RM252 turut dirampas dalam serbuan itu.

Katanya premis berkenaan disyaki beroperasi sejak lima hari lalu dan serbuan dilakukan hasil risikan dan maklumat orang awam.

Menurut Chandra polis akan sentiasa memantau kumpulan yang cuba menjalankan kegiatan seperti itu di kawasan luar bandar dan perkampungan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori