Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Jumlah Eksport Malaysia Mac...

KUALA LUMPUR - Jumlah eksport Malaysia pada Mac jatuh 0.5 peratus tahun ke...

KP DBKL Mhd Amin...

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mhd Amin...

‘Tiada Ruginya Jika Ramai...

SUNGAI SIPUT : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa ibunda...

Program E-Tunai Rakyat Tak...

PUTRAJAYA - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjelaskan bukan tujuan kerajaan mewujudkan program...

Polis Tahan Lapan Wanita Thailand Di George Town

GEORGE TOWN – Lapan wanita warga Thailand yang bekerja sebagai tukang urut ditahan dalam serbuan di sebuah pusat refleksologi di Medan Angsana, Bandar Baru di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, polis menyerbu pusat refleksologi itu pada pukul 5.30 petang dan turut menahan seorang wanita yang merupakan penjaga premis itu.

“Pemeriksaan awal mendapati lapan wanita yang ditahan itu berusia 19 hingga 42 tahun bekerja di premis berkenaan sejak beberapa bulan lepas dan tidak memiliki permit kerja yang sah,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati tiada aktiviti maksiat yang dijalankan di premis itu.

Mior Faridalatrash berkata semasa serbuan, ada pekerja yang cuba melarikan diri, bagaimanapun gagal kerana pusat refleksologi itu telah dikepung polis.


Katanya semua wanita warga asing itu ditahan menurut Seksyen 39 Peraturan Imigresen 1963 bagi membantu siasatan kerana menyalah guna pas lawatan sosial.

“Penjaga pusat refleksologi berusia 30-an itu pula ditahan menurut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/1963 kerana menggajikan pekerja asing tanpa permit,” katanya. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=NkjdEq4RsUE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori