Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mengecapi Kehidupan ‘Selesa’ Warga...

KUALA LUMPUR - Melangkah ke bulan Februari pada Ahad ini, maka genaplah sudah...

Inovasi ‘Smart Drain’ Mampu...

KULIM - Inovasi Smart Drain Dwi-Sistem Perparitan Eco-Green (Smart Drain) ciptaan Majlis Perbandaran...

Mangsa Korban Covid-19 Seluruh...

BEIJING - Dunia kini umpama berada di medan peperangan untuk melawan koronavirus (Covid-19)...

Proses Peralihan Kuasa Perlu...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa keselamatan seluruh negara...

Polis Temui Mayat Bayi Dikerat 6 Dalam Tangki Tandas

ALOR SETAR – Polis menemui sebahagian tubuh bayi yang dikerat enam bahagian di dalam tangki tandas di sebuah rumah di Kampung Manggol, Jitra Selasa.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Abd Rahim Abdullah yang mengesahkan perkara itu berkata terdapat beberapa tubuh bayi belum ditemui seperti bahagian tangan, kemaluan dan kaki kanan bayi tersebut.

Katanya tubuh bayi dipercayai dikerat dengan menggunakan senjata tajam, sebelum dibuang ke dalam tangki tandas.

Beliau berkata sebahagian anggota badan bayi yang ditemui itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut manakala suspek wanita berumur 31 tahun turut ditahan di HSB kerana mengalami pendarahan.

“Siasatan awal mendapati suspek telah melakukan pemeriksaan pada kemaluan dan doktor yang memeriksa mendapati terdapat kesan koyakan melahirkan anak,” katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

Abd Rahim berkata hasil soal siasat pertama mendapati suspek berbohong dengan memberitahu telah bersalin di rumahnya di Kampung Binjal, Jitra dan bayinya dibuang di dalam tong sampah.


Katanya hasil siasatan lanjut mendapati suspek melahirkan bayi tersebut di rumah datuknya di Kampung Manggol, Jitra dengan cara berdiri dan telah membuang bayi tersebut di dalam lubang tandas dengan cara mengepam air.

Suspek juga dipercayai makan ubat tidur ketika pulang ke rumah datuknya di Kampung Manggol dan pada 1 tengah hari semalam, suspek memberitahu ibunya mahu ke tandas untuk buang air besar.

“Satu jam selepas itu suspek keluar dari tandas dan beritahu ibunya yang dia datang haid dan terus sambung tidur sehingga waktu berbuka puasa.

Suspek juga tidak menunjukkan tanda-tanda mencurigakan dan ibu suspek juga tidak mendengar bunyi mencurigakan dalam tandas tersebut,” katanya.

Katanya kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori