Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Puad Sedia Saman Mahathir...

Speaker DUN Johor, Puad Zarkashi hari ini menawarkan diri untuk menyaman Dr Mahathir...

Bukan Saja Kopi Tapi...

SIAPA sangka suhu di bawah paras beku boleh menghasilkan sesuatu yang diluar jangkaan,...

HKL Sediakan Khemah Untuk...

KUALA LUMPUR - Hospital Kuala Lumpur hari ini menyediakan khemah dan kerusi kepada...

Malaysia Terima Pelaburan Digital...

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia...

Polis Terengganu Tumpu 3 Lokasi Berisiko Kemalangan

KUALA TERENGGANU – Menjelang Aidilfitri beberapa hari lagi, polis Terengganu memberi tumpuan kepada tiga laluan ‘panas’ dan berisiko yang dikenalpasti kerap berlaku kemalangan di negeri ini sepanjang Ops Selamat 7 yang bermula 10 hingga 25 Julai ini.

Tiga laluan itu adalah sepanjang Jalan Pantai Kuala Terengganu-Kuantan, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) dan Jalan Jerangau-Jabor (Kemaman).

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata bagi tujuan itu, seramai 624 pegawai dan anggota polis akan ditempatkan di beberapa lokasi stategik yang sudah ditetapkan.

Katanya, lokasi tumpuan itu diberi keutamaan untuk mengurangkan kadar kemalangan sepanjang musim perayaan memandangkan terdapat pertambahan pengguna jalan raya terutama dari Kelantan, Pahang, Johor dan Kuala Lumpur yang memilih laluan itu sebagai laluan utama untuk pulang ke kampung halaman.

“Bagi memastikan kelancaran lalu-lintas, anggota polis kini di tempatkan di setiap laluan dikenalpasti berisiko dan berlaku kesesakan,” katanya kepada pemberita di sini sempena Program Balik Kampung Bersama Media anjuran Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat) sejajar dengan kempen Ops Selamat 7 oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), di Jalan Tengku Mizan di sini malam tadi.


Rosli berkata pihaknya juga optimis untuk mengurangkan kadar jenayah pecah rumah dengan menjalinkan kerjasama bersama beberapa badan sukarelawan untuk mengawal jenayah selain meningkatkan operasi dan rondaan sepanjang musim perayaan ini.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang akan pulang ke kampung untuk berhari raya supaya dapat mengisi borang balik kampung di balai polis berdekatan beserta tempoh masa mereka akan meninggalkan rumah untuk memudahkan polis menjalankan tugas pemantauan dan pencegahan jenayah semasa ketiadaaan mereka.

Beliau berkata menerusi kempen ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi’ pihaknya berharap jenayah kecurian dapat dikekang sebagaimana tahun-tahun sebelum ini apabila tiada kes dilaporkan hasil kerjasama baik antara masyarakat dan polis. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori