Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Baru Beberapa Jam Pasang,...

JOHOR BAHRU: Baru tiga hari kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dijalankan, bahan...

Pemandu Lori Mengaku Tak...

Kuala Terengganu : Pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

Warga Emas Ditemui Mati...

KUALA LUMPUR - Seorang warga emas ditemui mati dengan kesan torehan di perut...

Revolusi Industri 4.0 Tidak...

PUTRAJAYA - Cabaran Revolusi Industri 4.0 tidak akan memberi implikasi terhadap aspek perjawatan...

Polis Tumpas 2 Kumpulan Pecah Rumah Sekitar K.Kinabalu

KOTA KINABALU – Polis percaya dapat menumpaskan dua kumpulan pecah rumah berikutan penahanan lima suspek dalam dua tangkapan di sekitar daerah ini pada 22 Julai lepas.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M.Chandra berkata dengan tangkapan itu, polis percaya dapat menyelesaikan tujuh kes pecah rumah melibatkan kedua-dua kumpulan dengan anggaran kerugian RM151,000.

Katanya, dalam tangkapan pertama, polis menahan seorang suspek dalam sebuah bas mini di Terminal Bas Wawasan Plaza pukul 7 malam.

“Susulan tangkapan itu, polis berjaya menahan rakan suspek di tepi Jalan Sulaman berdekatan 1Borneo kira-kira pukul 11 pagi keesokan harinya,” katanya dalam sidang media di Balai Polis Daerah Karamunsing di sini hari ini.

Mereka yang ditahan adalah anggota kumpulan geng Kaidal berumur 22 dan 27 tahun turut mempunyai rekod lampau jenayah dan baru dibebaskan dari penjara awal tahun ini.

Chandra berkata, polis turut menggeledah kediaman kedua-dua suspek, rumah ibu bapa suspek dan beberapa buah kedai emas serta merampas sebuah kereta Perodua Viva, pelbagai barang kemas dan jam tangan berjenama, kesemuanya dianggarkan bernilai RM105,000.


Sementara itu, dalam tangkapan berasingan Rabu lalu, Chandra berkata polis menahan tiga suspek kumpulan geng Saizul berumur antara 23 hingga 33 tahun di Apartment Api-Api Centre di sini.

Katanya, penahanan suspek itu dapat menyelesaikan dua kes pecah rumah di sekitar Kampung Likas.

“Anggaran kerugian berjumlah RM46,000 dan pelbagai barangan peralatan pecah rumah turut dirampas termasuk sarung tangan, kasut pelbagai jenama dan telefon bimbit,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=9x0Gff-QgQc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori