Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Perkembangan Kesihatan Nik Aziz...

KEADAAN mantan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat kini dikhabarkan semakin...

Nik Faisal Mungkin Telah...

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Eksekutif SRC International Sdn. Bhd., Nik Faisal Ariff...

Dihujani Bantuan Lepas Gambar...

BEBERAPA hari lalu, kami ada melaporkan kisah viral seorang kanak-kanak Filipina yang menumpang cahaya...

Warta Habitat Penyu Pantai...

KEMAMAN - Jabatan Perikanan akan mewartakan kawasan pantai Teluk Mak Nik Geliga di...

PPDNKK Johor Rampas Barangan Berjenama Tiruan

JOHOR BAHRU – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Johor merampas 3,542 unit barangan berjenama tiruan bernilai RM145,000 dalam serbuan terhadap empat premis pemborong di Taman Johor Jaya di sini Jumaat lepas.

Ketua Pegawai Penguatkuasa PPDNKK Johor, Mohamad Mokhtar Yeop berkata serbuan membabitkan 20 pegawai itu dilakukan pada 2.30 petang selepas bertindak atas aduan pengadu iaitu pemilik barangan berjenama terbabit.

“Antara barangan tiruan yang dirampas termasuk beg, tali pinggang dan topi. Kesemuanya membabitkan jenama seperti Adidas, Nike, Levi’s, Louis Vuitton dan Gucci,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamad Mokhtar berkata siasatan awal mendapati kesemua barangan terbabit dibawa masuk dari negara luar.


Beliau berkata pemborong yang menjalankan perniagaan sejak empat tahun lepas itu dipercayai membekalkan barangan terbabit kepada peniaga di sekitar bandar raya ini.

Katanya kesemua pemborong terlibat sudah direkodkan keterangan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori