PRESIDEN FIFA, Sepp Blatter berhadapan detik memalukan apabila dilempar dengan wang kertas palsu ketika berlangsungnya sidang media di Zurich, malam tadi.
Ketika kejadian, Blatter, 79, dikatakan bakal memberi maklumat mengenai pemilihan bagi presiden baru FIFA sebelum diganggu oleh seorang pelawak dari Britain, Simon Brodkin atau lebih dikenali sebagai Lee Nelson.
Lee Nelson yang segera dibawa keluar oleh pengawal keselamatan sempat bertindak membaling wang palsu ke arah Blatter sekali gus mengejutkan sidang hadirin yang hadir.
Berikutan itu, sidang media terpaksa dihentikan selama beberapa minit sehingga keadaan menjadi tenang.
Selepas insiden itu, Brodkin menulis tweet menyatakan: “Teruja berada di mesyuarat FIFA jumpa Sepp Blatter untuk menjamin Piala Dunia #NorthKorea2026.”
Difahamkan, pelawak ini pernah mengganggu orang lain termasuk ketika persembahan penyanyi, Kanye West dan skuad bola sepak Piala Dunia England. – MYNEWSHUB .CC
Oleh: CARRIE
https://www.youtube.com/watch?v=9UQVJXqBrmk