Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Isu Pas Masuk: Penumpang...

SEORANG penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) baru-baru ini menarik perhatian ramai di laman Facebook...

Aliran Trafik Keluar Dari...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik keluar dari ibu negara masih dalam keadaan terkawal...

Video: Ular Sawa Serang...

LAGI kes melibatkan ulat sawa muncul dari lubang tandas di Bangkok, Thailand menyerang...

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis...

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti...

Protokol 12: Cara Media Zionis Hancurkan Malaysia

TENTU ada masih ingat bagaimana seorang tokoh pembangkang lantang mempertahankan keselamatan Israel ketika diwawancara sebuah akhbar pro-Zionis suatu ketika dulu yang mencetuskan kontroversi panas negara ini.

Meskipun pemimpin itu berdolak-dolak mendakwa kenyataannya diputar belit namun hakikatnya, semua maklum agenda sekutu parti tersebut yang jelas mahu Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan rejim Israel.

Secara kebetulan pengasas parti cauvinis itu di Singapura, sudah lama membina jalinan diplomatik dengan Tel Aviv sejak republik berkenaan mencapai kemerdekaan hasil berpisah daripada Persekutuan Malaysia pada 1965.

Bagaimanapun seperti semua maklum, Malaysia selain Indonesia dan Brunei, bukan sahaja enggan izin kedutaan Israel dibuka di ibu kota masing-masing, bahkan komitmen tersebut tetap berterusan sehingga hari kiamat.

Realitinya ada 21 negara tiada hubungan diplomatik dengan rejim Zionis itu antaranya Arab Saudi, Algeria, Bangladesh, Bahrain, Pakistan, Oman, Kuwait, UAE, Djibouti, Somalia, Sudan, Tunisia, Libya, Iran dan Qatar.

Baca: Dajal Moden Yahudi Tangan Ghaib Media Barat

Zionis sehingga kini menakluk hampir 100% organisasi media di seluruh dunia. Cuba cari muka orang Islam? – Gambar hiasan

Tindakan keras itu bukan kerana isu kekejaman rejim Zionis ke atas Palestin, malah lebih daripada itu, agenda jahat Yahudi secara terancang dan senyap menguasai seluruh dunia menerusi apa disebut sebagai Protokol Zion.

Pelan itu sebenarnya hasil mesyuarat rahsia semua pemimpin ternama Yahudi antarabangsa lewat kurun ke-19 dipecah kepada 24 protokol kecil dan mula diterbitkan di Rusia pada 1903 sebelum disebarkan ke serata dunia.

Antara konspirasi terkenal dalam rancangan sulit tersebut ialah Protokol 12 iaitu tajuk ‘The Kingdom of The Press and Control‘ dengan tema menakluk seantero dunia menerusi cara pengawalan media, penapisan dan kebebasan.

Di Amerika Syarikat (AS), Yahudi sudah pun menguasai hampir 100% media cetak dan elektronik negara itu termasuk akhbar paling laris di sana, Wall Street Journal (WSJ) dengan edaran lebih 2 juta naskhah sehari.

Lebih aneh, kerajaan AS turut membantu media pro-Zionis di negara tersebut kononnya sebagai mendukung kebebasan bersuara menerusi badan dikenali National Democratic Institute for International Affairs (NDI).

Baca: Alkisah Akhbar Pro-Zionis Cuba Berlagak Hero

Kesemua media massa berpengaruh seantero dunia adalah di bawah penguasaan Zionis. Di manakah syarikat milik Islam? – Gambar hiasan

Dengam bajet tahunan berbilion-bilion dolar, tidak hairanlah mereka bukan sahaja berani ‘menghancurkan’mana-mana kerajaan di seluruh dunia, bahkan tidak gentar disaman jika ‘kantoi’ melaporkan artikel berbaur fitnah.

Matlamat Zionis hanya satu, semua negara di planet bumi ini wajib tunduk kepada mereka jika tidak mahu mendapat susah dan peranan itu saling tidak tumpah seperti dajal menjelang kedatangan hari kiamat kelak.

Bagi umat Islam, semua tahu pada akhir zaman nanti, seluruh dunia dilanda kemarau dahsyat sehingga tiada air dan ketika itu muncul dajal menawarkan air dengan syarat: mesti murtad atau terpaksalah azab mati kebuluran.

Di Malaysia, campur tangan Zionis untuk menggulingkan kerajaan dapat dilihat dengan jayanya hasil laporan berita palsu media mereka iaitu WSJ secara meluas dan sistematik bagi memburuk-burukkan kepimpinan negara.


Modus operandi tersebut kebetulan sama dengan dilakukan ke atas allahyarham Saddam Hussein, yang ditumbangkan dengan berita palsu kononnya Presiden Iraq itu memiliki senjata pemusnah besar-besaran (WMD).

Allahyarham Saddam Hussein antara contoh mangsa berita fitnah media pro-Zionis. Selepas ini mungkin Malaysia? – Gambar hiasan

Realitinya sampai hari ini tiada WMD ditemui dan akhirnya diakui wartawan New York Times yang mencetuskan berita fitnah itu sebelum disensasikan oleh WSJ apabila mengesahkan ia sebenarnya laporan rekaan 100%.

Malangnya cerita fiksyen sains itu tidak dijadikan pengajaran oleh umat Islam dan merekalah paling bersorak gembira meraikan kebangkitan drastik bangsa Arab pada musim luruh atau Arab Spring beberapa tahun lalu.

Sekali lagi matlamat NDI memporak-perandakan negara-negara Islam di Timur Tengah berjaya menghasut rakyatnya menggulingkan kerajaan kononnya diktator selain ditambah faktor kemelesetan ekonomi negara itu.

Tidak ramai sedar, Zionis sebenarnya dalang mengatur ‘biduk catur’ menjahanamkan mata wang negara-negara Arab Spring bagi mengkucar-kacirkan ekonomi dan dijadikan pemangkin kemarahan rakyat menentang kerajaan.

Ketika itu NDI bekerjasama rapat dengan parti-parti politik antikerajaan kononnya mempromosikan demokrasi serta mempopularkan lambang ‘salam empat jari’ sebagai tanda simbolik kebebasan rakyat di seluruh dunia.

Salah satu taktik halus Zionis menumbangkan kerajaan Islam ialah mempopularkan simbol empat jari konon kebangkitan rakyat. – Gambar hiasan

Di Malaysia, pentaksub pembangkang juga melariskan lambang itu kebetulan bermaksud rabia’ atau empat dalam bahasa Arab bersempena nama Masjid Rabi’atul Adawiyah di Mesir yang digempur tentera Hosni Mubarak.

Sedih lihat ramai umat Islam di Malaysia terjebak menjadi hamba Zionis konon kerajaan Malaysia zalim terhadap rakyat dan mesti digulingkan dengan apa cara sekali pun tanpa melalui proses pilihan raya yang demokratik.

Mereka agaknya terlupa pihak Zionis sedang gembira bertepuk tangan menyaksikan kebodohan umat Islam yang begitu mudah diperalatkan dan dieksploitasi konon atas nama menegakkan falsafah demokrasi liberal ala-AS.

Walhal di AS sendiri, rakyatnya tidak bebas menyuarakan komen ke atas Zionis apatah lagi suara mereka disiarkan media pro-Zionis yang kononnya mendabik dada menjadi contoh dalam memperjuangkan isu kebebasan media.

Sekadar rekod, di AS ada ungkapan popular menyindir media pro-Zionis yang patut dijadikan iktibar: “Yahudi kuasai segala-galanya dan anda masih boleh kritik tuhan, tetapi jangan sesekali kritik Israel!” – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori