Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pengunduran Tok Pa, Pengakhiran...

KUALA LUMPUR - Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed...

Lelaki Kurang Siuman Dikhuatiri...

TEMERLOH - Seorang lelaki dipercayai kurang siuman dikhuatiri lemas selepas dikatakan bertindak terjun...

Najib Komited Jadikan Malaysia...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak komited untuk terus...

Tersilap Ujian Ubat Baharu,...

PARIS - Sekurang-kurangnya seorang 'mati' otak, manakala lima lagi kritikal selepas berlaku kesilapan...

Pusat Panggilan SSM Memudahkan Urusan Anda

HAMPIR mustahil buat mereka yang mempunyai perniagaan di Malaysia tidak mengetahui apa itu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Ianya kerana premis mahupun laman web badan berkanun inilah yang dituju oleh mereka yang ingin mendaftarkan perniagaan.

Fungsi SSM bukan sahaja mengawal selia syarikat dan perniagaan di negara ini malah memastikan pentadbiran undang-undang Akta Syarikat 1965 [Akta 125], Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197], Akta Syarikat Amanah 1949 [Akta 100] dan Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 [Akta 28] dipatuhi menerusi aktiviti penguatkuasaan berterusan.

Selain itu, SSM merupakan pembekal maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam di samping bertindak sebagai peneraju utama bagi meningkatkan tahap tadbir urus korporat.

Penyata Tahunan, Kewangan Wajib Diserah Simpan Di SSM

Dalam pada memastikan segala perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan dipatuhi oleh peniaga, SSM pada masa sama menjadi induk bagi menggalakkan amalan Tadbir Urus Korporat yang baik.

Setakat hari ini, SSM telah berkembang hingga mempunyai 14 pejabat negeri, 4 pejabat cawangan dan 1 pusat perkhidmatan bagi memudahkan urusan pengguna.

SSM mapan dari segi online apabila menawarkan pengguna, sistem Self-Help Online yang menyediakan carian dan pembelian maklumat syarikat dan perniagaan; beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, di mana-mana kawasan seluruh dunia dengan cara mengakses kepada www.ssm.com.my.

Selain itu, SSM menyajikan info berguna dan terkini kepada pengguna menerusi saluran media sosial Facebook Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Laman Rasmi).


Bagi yang mahu bertanyakan kemusykilan menerusi panggilan telefon pula, hajat anda ditunaikan menerusi talian PUSAT PANGGILAN SSM 03-7721 4000 yang beroperasi dari Isnin hingga Ahad (kecuali cuti umum) dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

11745872_866485976772140_5273275664562813839_n

Perbaharui Daftar Perniagaan, Tak Perlu Ke SSM Pun Tak Apa..

Boleh dikatakan, SSM antara badan berkanun paling mesra dan mudah diakses pengguna di Malaysia, justeru golongan peniaga terutamanya harus memanfaatkan peluang ini.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=QbEIgyNpEZ4

Oleh: Rem Ramzi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori