Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Golf Harus Jadi Sukan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu golf bukan...

Puas Dimaki, Najib Enggan...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak enggan mengulas berhubung laporan media...

Tambah Peruntukan Lebih Besar...

PUTRAJAYA : Pejuang Muda Putrajaya menggesa Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon...

Singapura Warta 4 Asrama...

SINGAPURA - Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mewartakan sebuah lagi asrama pekerja asing sebagai...

Rakyat Pulau Pinang Bakal Naik Angin Lagi Lepas Ni?

KEJAM gila… Itulah yang kami rasakan apabila melihat jumlah bayaran bil air yang dikenakan terhadap seorang penduduk di Pulau Pinang ini.

Mengapa kami mengatakan ianya kejam? Anda lihatlah jumlah lebihan caj yang perlu dibayar oleh pengguna ini, hampir menyamai separuh.

Sebelum ini, bil air di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang telah dikenakan caj tersembunyi iaitu 90 sen jika membuat bayaran di pejabat pos, sedangkan caj itu sepatutnya ditanggung Syarikat Perbadan Bekalan Air (PBA).

pba

Kini mereka mula mengenakan ‘surcaj PBA’ di bawah kod 29 di mana hampir 50 peratus daripada caj penggunaan liter air akan ditambah.


Nampaknya, sikit demi sedikit kerajaan negeri DAP mula ‘merompak’ wang rakyat dan tidak mustahil akan dikenakan lagi ‘caj’ tersembunyi oleh kerajaan negeri itu.

Lebih menyakitkan hati apabila caj yang dikenakan terlalu tinggi itu tidak setimpal perkhidmatan diperoleh penduduk di negeri itu.

Sememangnya adalah sesuatu perkara yang tidak boleh diterima akal khususnya bagi rakyat berpendapatan rendah di negeri terbabit. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori