Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Najib Tahu Apa Yang...

KUALA LUMPUR - Perbalahan dua negarawan, antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk...

Kerana Sos Tomato, Wanita...

LOS ANGELES - Hanya kerana mendapati sos tomato tidak mencukupi dalam bungkusan pesanan,...

Kepala Lelaki Dalam Karung...

Kejam dan amat mengerikan!Penduduk sekitar Taman Impian Ria, Bukit Mertajam gempar berikutan penemuan...

Premis Makanan Patuh Larangan...

KUALA LUMPUR - Larangan penggunaan polisterin yang akan berkuatkuasa 1 Sept ini mendapat...

Penyindir Surat Tuntutan WSJ Tapi Tak Tahu ‘US Law’

RENTETAN fitnah melampau yang dibuat akhbar antarabangsa, Wall Street Journal (WSJ) terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 3 Julai lalu, beliau telah mengambil inisiatif memulakan proses undang-undang dengan menghantar sepucuk surat tuntutan kepada pihak berkenaan, semalam.

Menerusi surat tersebut, Najib yang diwakili firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak telah meminta pengesahan tentang laporan kononnya dana berjumlah RM2.6 bilion telah dipam masuk ke dalam akaun peribadinya.

Antara yang dipersoalkan adalah kandungan surat khabar Amerika Syarikat (AS) tersebut yang mengandungi pelbagai tuduhan yang berbelit, memalukan dan kabur.

Fitnah WSJ: Najib Mulakan Proses Undang-Undang Bersihkan Nama

11666090_10153207803839998_4759249339714144833_n 11665758_10153207803834998_325381190057520524_n

Walau bagaimanapun, tindakan tersebut menerima reaksi negatif apabila banyak pihak termasuk ahli politik pembangkang memperlecehkan usaha Najib dan mempertikaikan ‘kenapa Najib tak hantar surat saman saja?’.

Ada juga pihak yang membuat cadangan agar peguam Najib terus menghantar notis tuntutan selama 14 hari kepada WSJ untuk memohon maaf dan menarik balik penerbitan artikel fitnah tersebut.

Kalau diikutkan logik akal, sememangnya ia satu cadangan bijak dan boleh dilakukan pihak Najib untuk membersihkan namanya kembali dari skandal menggelapkan wang rakyat itu, tapi kenapa ia tidak dibuat Najib semenjak awal lagi?

najib080715

Ini yang ramai tak tahu, tapi pura-pura tahu. Hanya bersandarkan kepada surat yang dikongsi ramai serta sedikit fakta perundangan tempatan yang diketahui, pihak-pihak tersebut terus meletakkan justifikasi terhadap isu ini, iaitu ‘Najib bersalah!’.


Buat pengetahuan semua, tindakan yang diambil wakil guaman Najib adalah rasional kerana karektor undang-undang di negara Uncle Sam itu sama sekali berbeza dengan Malaysia yang mengaplikasikan undang-undang warisan dari British.

Yang pastinya, kandungan surat yang ditulis Najib sememangnya bercirikan konsep caratilis modus surat peguam untuk tujuan saman fitnah di AS.

Malangnya, ada segelintir peguam Malaysia turut mengkritik surat tuntutan tersebut tanpa mereka sedar bahawa ia prosedur normal ketika berurusan dengan kehakiman di AS. Tentunya, ini menunjukkan mereka sudah terbiasa dengan modus di Malaysia dan berkaitan dengan undang-undang British sahaja.

Kalau diikutkan, pastinya peguam Hasfarizam telah mendapatkan khidmat nasihat dari pihak guaman AS tentang prosedur penting sebelum bertindak menghantar tuntutan tersebut kerana isu yang diwakili mereka ini bukan ‘kecil-kecil anak’ dan melibatkan tuduhan seleweng wang yang sangat besar!

Maka itu, buat pengguna yang mengkritik tindakan tersebut, nasihat yang paling sesuai untuk anda adalah banyakkan membaca dan melihat sistem luar sebelum menjatuhkan sesuatu hukum.

Apa lah perasaan anda apabila anda menuduh tindakan seseorang itu kurang bijak, tapi akhirnya anda sedar bahawa anda lah individu kurang bijak itu? Malu kan?…

– MYNEWSHUB.CC

Najib Berterima Kasih Ramai Tak Percaya Dengan Laporan WSJ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori