KUALA LUMPUR – Rasulullah S.A.W sangat tegas dalam perkara akidah semasa menjalin hubungan dengan bukan Islam.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Rasulullah S.A.W pernah membatalkan segala bentuk hubungan tersebut apabila berlaku sikap bermusuh yang mahu merosakkan akidah.
“Apabila berlakunya sikap bermusuh yang mahu merosakkan akidah maka dibatalkan segala bentuk hubungan walupun terhadap kaumnya di Mekah.
“Menunjukkan banyaknya keterbukaan dalam perkara pendekatan dan sangat tegas dalam perkara akidah perjuangan,†katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru, kata Abdul Hadi, mengambil iktibar tersebut, setiap ahli PAS mesti bersama dengan jemaah yang ditubuhkan di atas prinsip dan matlamat berakidah yang teguh.
Tegasnya, ahli PAS perlu bersama konsep pendekatan akidah dan wajib beristiqamah mengikut kenyataan nas serta sejarah.
“Sesiapa yang mengikuti perjalanan bersama atau membaca sejarah PAS akan menyaksikan gelombang dan liku perjuangan dan hilangnya pemimpin paling tinggi, ahli biasa atau penyokong secara sendirian atau tenggelam bersama parti dan pertubuhan yang dijadikan bahteranya,†katanya.
Abdul Hadi berkata demikian sebagai merujuk kepada parti politik Islam baharu yang bakal ditubuhkan melalui inisiatif Gerakan Harapan Baru.
Gerakan Harapan Baru mahu ditubuhkan oleh bekas-bekas pemimpin PAS yang pro-Pakatan Rakyat yang disingkirkan dalam pemilihan PAS pada Jun lalu.