Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

YDP Agong Teras Perpaduan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong berada pada kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan...

Honda Malaysia Panggil Semula...

KUALA LUMPUR - Honda Malaysia hari ini mengumumkan panggilan semula bagi 9,998 unit...

Ekspo Kerjaya Menipu, Libat...

HARAPAN palsu mendapatkan pekerjaan benar-benar menyakitkan hati kepada graduan mahupun penganggur yang sekian...

Kisah Mat Romeo Sebenar:...

Inilah yang dimaksudkan dengan 'mat romeo' paling hebat.Sonko Tijan, 28 tahun, ialah seorang...

Remaja Tak Bermoral, Selfie Dengan Mayat Atuk

RIYADH – Hilang akal agaknya budak lelaki ini. Sanggup berselfie dengan mayat datuknya di sebuah hospital tempatan di Arab Saudi.

“Selamat tinggal atuk” itu kapsyen pada gambar berkenaan hingga mencetuskan kemarahan penduduk di negara terbesar rantau Asia Barat tersebut.

Ia menyebabkan media sosial sesak dipenuhi dengan pelbagai kecaman terhadap budak lelaki itu yang disifatkan sebagai tidak bermoral.

Mereka juga mendesak pihak hospital agar segera menjalankan siasatan bagaimana budak itu boleh merakamkan gambar tersebut di dalam wad.

Susulan itu juga pihak berkuasa kesihatan di Madinah kini sedang menyiasat sama ada selfie itu dirakamkan di hospital di kawasan berkenaan.


Jika terbukti ia berlaku di hospital di Madinah, maka pihak berkuasa tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap perbuatan tidak bermoral itu.

“Pihak berkuasa juga telah diminta mengambil tindakan ke atas remaja berkenaan kerana melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Dia harus dihukum oleh undang-undang,’’ kata jurucakap Kementerian Kesihatan Arab Saudi. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori