Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Masalah Agihan Kerusi BN...

JOHOR BAHRU - Setiausaha Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Md Jais Sarday menolak...

Lelaki Jadikan Ruang Tamu...

SEORANG lelaki mempunyai cara terbaik untuk menyejukkan badan dalam cuaca panas iaitu dengan...

Video: Gara-Gara Sepuntung Rokok…

TEHRAN - Seorang lelaki di Iran nyaris maut selepas puntung rokok yang dibuang...

Akur Tradisi, Meghan &...

TEMAN wanita Putera Harry, Meghan Markle, mungkin terpaksa terbang merentasi Lautan Atlantik semata-mata untuk hadiri...

Rozana Akui Guna Wang Simpanan Awie Beli Barang Berjenama

KRISIS rumah tangga yang melanda penyanyi rock terkenal Awie bersama isteri, Rozana Misbun dilihat semakin meruncing.

Terbaharu, Rozana memberitahu kepada Mahkamah Majistret Ampang, Selangor bahawa dia menggunakan wang simpanan tonggak utama filem Sembilu itu untuk membeli barangan mewah termasuk beg, kasut dan barang kemas sebelum menjual semula barangan tersebut untuk membayar balik wang Awie.

“Saya bersetuju akan membayar balik wang Awie dalam tempoh dua minggu selepas hari kejadian (kejadian pukul),” katanya.

Namun, Rozana akui tidak menyerahkan wang hasil jualan barangan mewah itu kepada Awie seperti dijanjikan.

Rentetan itu, Awie didakwa menyebabkan kecederaan parah kepada isterinya akibat perselisihan faham di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 1.30 tengah hari, 2 Jun tahun lepas.

Selepas kejadian itu juga, Rozana dipaksa untuk mengeluarkan kesemua wang milik Awie yang ada dalam akaun simpanan atas namanya.

“Saya mengeluarkan keseluruhan wang simpanan yang masih ada dalam akaun Alliance Bank iaitu RM30,000 di bahagian kaunter,” katanya.


Menurut ibu kepada lima anak ini, dia telah menyimpan wang milik Awie di dalam akaun Alliance sejak beberapa tahun lalu atas alasan Awie diisytiharkan muflis.

Rozana bagaimanapun menafikan bahawa laporan polis dibuat untuk menutup cerita mengenai kegagalannya membayar balik wang Awie.

Perbicaraan di hadapan Majistret Ayuni Izzati Sulaiman bersambung 6 Julai ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Sumber: Astro Awani

  • Lagi berita berkaitan:
  • Awie

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori