Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kenali 3 Syarikat ‘Hantu’...

MISTERI tiga syarikat yang pernah bersaing denganƃā€šĆ‚Ā Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) konon...

Tegur Pemimpin Dengan Cara...

KUALA LUMPUR - Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Ahmad Shabery Cheek menasihatkan semua...

Gadis Ini Sering Diserbu...

SEORANG gadis yang berasal dari California, Amerika Syarikat ini ternyata sangat beruntung kerana...

Tiada Laporan MERS Membabitkan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiada kes wabak Sindrom Pernafasan...

Rumah Putih Rumus Rancangan Tutup Penjara Guantanamo

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) kini dalam peringkat akhir merumus pelan untuk menutup penjara di Teluk Guantanamo, Cuba dan menyalurkan rancangan itu untuk kelulusan Kongres, kata jurucakap Rumah Putih, Josh Earnest.

Penutupan penjara kontroversi itu adalah antara agenda utama Presiden Barack Obama sebaik mengambil teraju pentadbiran AS pada 2009, tetapi rancangan itu berdepan pelbagai halangan termasuk bantahan daripada Kongres berhubung pemindahan banduan ke penjara di AS.

“Kerajaan sedang dalam peringkat akhir merumus plan untuk mengambil tanggungjawab dan menutup dengan selamat penjara di Teluk Guantanamo dan bentangkannya kepada Kongres.

“Inilah yang sudah dirangka pihak keselamatan kita sejak beberapa lama, terutama kerana ini adalah keutamaan Presiden.

Operasi di Cuba bukanlah cara yang cekap untuk menggunakan sumber kerajaan.

“Ini kerja rumit, tapi sudah banyak kemajuan yang kita capai,” kata Earnest.

Kewujudan penjara dan kemudahan tentera AS di Teluk Guantanamo juga dibantah kerajaan Cuba, yang baharu saja memulihkan hubungan diplomatik dengan AS.


Hingga kini Cuba mendakwa AS menceroboh tanahnya.

Pada majlis perasmian pembukaan pejabat kedutaan Cuba di Washington pada Isnin, Menteri Luar Cuba, Bruno Rodriguez turut menyuarakan permintaan supaya AS memulangkan semula Teluk Guantanamo.

Setakat ini, Washington secara berperingkat memindahkan banduan dari Teluk Guantanamo ke negara asal mereka atau negara ketiga dan proses itu perlu disegerakan jika penjara itu hendak ditutup sepenuhnya, kata Earnest.

Penjara tentera di Teluk Guantanamo dibuka pada Januari 2002, berikutan serangan 11 September 2011 di New York. Selepas mencapai kemuncak menempatkan 680 banduan pada 2003, kini masih ada 116 banduan di situ. – AFP/BH ONLINE

https://www.youtube.com/watch?v=DBy8IKj4aEY

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori