Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Bekas ASP, 2 Rakan...

KUALA LUMPUR ā€“ Seorang bekas pegawai polis berpangkat Asisten Supritendan (ASP) dan dua...

PRU-15: Syed Saddiq Beri...

Muar : Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman...

Bekas Presiden Israel Maut...

TEL AVIV - Bekas Presiden Israel, Shimon Peres yang menderita penyakit angin ahmar...

Anwar Tiba Di Singapura...

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk lawatan...

Sazali Dedah Petua Kejayaan Raih Gelaran Mr Asia, Mr Universe

KUALA LUMPUR – Jaguh bina badan negara, Sazali Samad mendedahkan petua tidak menjamah makanan berlemak serta minuman manis terutama pada musim perayaan menjadi antara rahsia kejayaannya meraih gelaran Mr Asia dan Mr Universe selama ini.

Sub-Inspektor berusia 47 tahun itu yang mengintai kejuaraan kategori 75 kg Mr Asia buat kali ke-10 di Tashkent, Uzbekistan pada September ini, mengakui mengamalkan corak pemakanan rapi bagi menjaga otot badannya.

“Adik saya di Batu Pahat (Johor) akan menyediakan rendang khas menggunakan susu rendah lemak dan bukannya santan apabila menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ketupat dan nasi impit juga saya makan tapi yang kosong.

“Sudah lebih 15 tahun saya mengamalkan petua ini dan Alhamdulillah, segala pengorbanan saya nampak membuahkan hasil.

“Saya juga harus berterima kasih kepada isteri saya (Hashrine Hashim) yang banyak menyokong karier saya termasuk sanggup mengorbankan cutinya sebelum ini semata-mata menemani saya ketika menyertai kejohanan di luar negara,” katanya kepada Bernama.

Sempena Aidilfitri ini, Sazali yang meraih pingat emas kali kelima pada Sukan Polis dan Bomba Sedunia 2015 di Virginia, Amerika Syarikat baru-baru ini, berkata dia akan mengambil cuti rehat beberapa hari sebelum menyambung semula latihan di gimnasium Majlis Sukan Negara.


Pada masa sama, Sazali berkata kejayaan di Amerika Syarikat itu menjadi pembakar semangat untuk dirinya memburu gelaran Mr Universe buat kali ke-11 di Bangkok, Thailand pada November ini.

Untuk rekod, Sazali memenangi gelaran Mr Universe pada 2000, 2004, 2006-2007, 2009-2014, serta sembilan kali gelaran Mr Asia iaitu pada 1996, 1998-2000, 2004, 2009-2010, 2012 dan 2014.

Mengenai kecederaan lututnya sebelum ini, Sazali berkata ia sudah bertambah baik namun masih perlu berhati-hati ketika melakukan latihan bagi memastikan ia tidak kembali berulang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori