RAMAI orang tidak akan terlepas dengan masalah tompokan peluh di bawah lengan baju setiap hari bukan?
Ya! Ia sememangnya satu mimpi ‘ngeri’ kepada setiap orang walaupun sudah memakai deodoran sebelum keluar menjalani kehidupan seharian.
Tahukah anda bahawa cara pemakaian atau aplikasi deadoran pada diri sendiri setiap pagi itu sebenarnya salah? Menurut sumber, deodoran sepatutnya dipakai atau digunakan pada waktu malam sebelum tidur dan bukannya selepas mandi setiap pagi!
Ia mendakwa bahawa fungsi deadoran adalah untuk menghalang saluran peluh serta mencegah lembapan yang terhasil daripada tubuh badan dan memerlukan masa untuk bertindak sedemikian.
Deodoran yang dipakai pada waktu malam mampu bertahan selama 24 jam walaupun dibasuh ketika mandi di pagi hari.
Tak tahulah sama ada benar atau tidak dakwaan ini namun semua orang boleh cuba melakukannya, tak salah kalau mencuba kan?
Mana tahu ia berkesan memandangkan selama ini cara penggunaan setiap pagi kadangkala macam tidak berkesan apabila masih terhasil lembapan yang membuatkan anda tidak selesa sepanjang hari. – Agensi/MYNEWSHUB.CC