Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Bola Sepak Malaysia ‘Bersih’...

SINGAPURA - "Pada masa ini, saya berpendapat bola sepak Malaysia berada di landasan...

Razak Baginda Sedia Bantu...

KUALA LUMPUR - Abdul Razak Baginda, hari ini, tampil menyatakan kesediaan membantu siasatan...

32 Penumpang Cemas, Bas...

JOHOR BAHRU – Tiga puluh dua penumpang bas berdepan detik cemas apabila kenderaan...

Pesakit COVID-19 Lari Dari...

HULU TERENGGANU: Seorang warga emas berusia 66 tahun yang juga pesakit COVID-19 ditemui...

Segera Dapatkan Vaksin Demam Campak – KP Kesihatan

PUTRAJAYA – Sebanyak 73 kes demam campak direkodkan di Kuala Lumpur bagi tempoh Januari hingga 30 Jun lalu membabitkan bayi berusia sebulan sehingga orang dewasa. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 79 peratus daripada kes itu didapati tidak mendapatkan suntikan vaksin campak.

“Peratusan tinggi kes tiada suntikan adalah membimbangkan dan sehubungan itu kementerian menggesa ibu bapa membawa anak-anak mereka ke mana-mana klinik terdekat untuk mendapatkan suntikan vaksin campak,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Noor Hisham berkata program eliminasi campak dijalankan sebagai langkah mengawal penyakit itu dan ia diberi sebanyak dua dos kepada kanak-kanak berumur 12 bulan hingga tujuh tahun di bawah Jadual Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan. “Liputan imunisasi yang melebihi 95 peratus akan memastikan imuniti kelompok kekal tinggi bagi mengekang penularan jangkitan campak dalam masyarakat,” katanya.

Menyentuh penyakit cacar air pula, Dr Noor Hisham berkata sebanyak lima kluster dilaporkan di Kuala Lumpur membabitkan taska, tabika dan depot tahanan iaitu di antara bulan Mac hingga Jun lalu.


Beliau berkata penyakit cacar air tidak termasuk di dalam program eliminasi dan apabila berlaku semua kes akan dirawat.

“Orang ramai dinasihati agar mendapatkan pemeriksaan lanjut serta rawatan sekiranya mengalami gejala demam dan ruam, manakala ibu bapa diminta tidak menghantar anak-anak ke pusat asuhan atau sekolah bagi mengelak penularan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori