Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pegawai Polis Didakwa Dengan...

Ipoh - Seorang Pegawai Pendakwa Trafik didakwa dengan tiga pertuduhan rasuah di Mahkamah...

Najib Perlu Bayar RM1.69...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu membayar...

Malaysia Bawa Masuk Lebih...

KUALA LUMPUR - Selain Indonesia, Malaysia sedang mengadakan perbincangan dengan India, Bangladesh dan...

Harga Emas Jatuh 2...

SINGAPURA - Harga emas menuju kepada penurunan bulanan kedua berturut-turut apabila kenaikan pulangan...

Sekeluarga Nyaris Bertemu Ajal Ketika Memandu Di Hari Raya

SEBUAH keluarga nyaris terlibat dalam kemalangan maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka hampir dirempuh sebuah kenderaan lain di lebuhraya Gambang menuju ke Kuantan, kelmarin.

Menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) bertarikh 20 Julai, keluarga tersebut yang memandu di lorong kanan pada mulanya dilihat hendak memotong sebuah lori treler, namun tidak lama kemudian muncul sebuah kenderaan jenis Honda City dari arah bertentangan terbabas dan terus meluncur ke arah mereka.

Pemandu Honda City tersebut dikatakan memandu laju sebelum hilang kawalan lantas merempuh bahagian kanan alur laluan mangsa yang bertentangan dengannya.

“Allahuakbar, Allahuakbar, ya Allah kesiannya.. apasal sampai macam tu terbabas,” ujar salah seorang daripada ahli keluarga terbabit.

https://www.youtube.com/watch?v=JiA7tfn8a8s&feature=youtu.be

Di ruangan komen, Mohd Hafiz Mohd Shah memuji tindakan keluarga terbabit yang walaupun berada di saat cemas, masih mampu untuk bertenang.


“Terbaik pemandu dan penumpang kereta ni.. da la diselamatkan Allah dari malapetaka, sempat pula menyebut nama Allah dan beristirgfar berkali2.. x ramai yg mampu berbuat demikian.. jika menyebut ‘f’, mungkin ramai termasuk diri ini sekali,” katanya.

Rata-rata netizen berang dengan tindakan pemandu Honda City terbabit yang hampir menyebabkan sekeluarga berkenaan maut disebabkan kecuaiannya memandu laju.

Apa-apa pun di hujung video, kedengaran suara halus yang menyatakan “nasib baik kita ada kamera ya”. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori