Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Anwar Dibenar Padam Sabitan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Kerja Petik Buah Di...

PASTI ramai di kalangan kita pernah dengar tentang tawaran gaji lumayan dengan hanya...

ASEAN & Jepun Mahu...

KUALA LUMPUR - Jelajah Menteri-menteri Ekonomi ASEAN (AEM) di Jepun yang telah berlangsung...

Asteroid Sebesar Dua ‘Statue...

SEBUAH asteroid besar dijangka mendekati Bumi, namun tiada risiko hentaman, menurut rekod Pentadbiran...

Sembilan Dicekup Dalam Parti Dadah Hari Raya Di JB

SEMBILAN orang ditahan di sebuah rumah di Taman Suria Muafakat, Johor Bahru selepas pihak polis menemui beberapa jenis dadah seperti heroin dan syabu dalam rumah berkenaan.

Serbuan dilakukan pada jam 10.45 malam semalam mendapati semua suspek termasuk seorang wanita menjadikan rumah itu sebagai ‘port’ mereka untuk khayal dadah sepanjang minggu Raya.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Timbalan Pesuruhjaya Sulaiman Salleh berkata, polis menemui dadah dalam sebuah bilik bersama-sama semua suspek yang berusia antara 20 dan 30 tahun.

“Kami turut merampas 16 paket heroin seberat 38 gram dan dua paket bahan kristal dipercayai syabu seberat 1.7 gram dari suspek.

“Selain itu anggota polis turut merampas perkakas mengambil dadah dari rumah berkenaan sebagai bukti,” katanya dalam laporan The Rakyat Post.


Kesemua suspek sudah dihantar untuk menjalani pemeriksaan air kencing dan keputusan mendapati mereka positif dadah.

Penyiasatan dilakukan di bawah Seksyen 39B, Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar, memiliki dan mengambil dadah.

– MYNEWSHUB.CC

Drugs – What they do to your body

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori