Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Anak Saudara Pemenang American...

ANAK saudara kepada penyanyi R&B yang juga pemenang American Idol, Fantasia Barrino maut...

Just how to Write...

Writing a great article isn't an effortless task. If you're experiencing writing an...

Viral… ‘Abang Barbie’ Kacak...

TULAR baru-baru menerusi media sosial yang memaparkan satu video mengenai kisah jejaka kacak...

AMK Minta Faizoull Jelaskan...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa Pengerusi pasukan bola sepak Felda...

Serpihan: MAS Berkerjasama Dengan Pihak-Pihak Berkenaan

Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) pagi ini mengeluarkan kenyataan akhbar memberitahu ia sedang berkerjasama dengan pihak-pihak berkaitan berikutan penemuan serpihan dipercayai dari kapal terbang jenis Boeing 777 di kepulauan la Union di Lautan Hindi semalam.

Bagaimanapun ia belum masih mahu mengesahkan bahawa serpihan itu adalah dari penerbangan MH370 yang hilang sejal Mac 2014.

Menurut MAS, masih terlalu awal untuk membuat sebarang rumusan seperti itu.

Serpihan berkenaan ditemui pekerja pembersih pantai la Reunion.

Menurut laporan Associated Press yang memetik kenyataan rasmi seorang pegawai Amerika Syarikat, wujud “tahap keyakinan yang sangat tinggi” bahawa serpihan bahagian sayap yang ditemui adalah dari model Boeing 777 yakni model sama dengan kapal terbang MH370.

debris-1


Menurut pegawai berkenaan, para penyiasat termasuk keselamatan udara Boeing mengenal pasti serpihan itu sebagai komponen yang dikenali sebagai “flaperon” yang dipasang pada bucu sayap Boeing 777.

Dalam reaksi segera Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu media di New York, pasukan penyiasat Malaysia kini dalam perjalanan menuju ke la Reunion untuk mengkaji serpihan berkenaan.

IMG-20150730-WA0001

“Apa sahaja serpihan yang ditemui perlu disiasat terlebih dahulu sebelum kita boleh mengesahkan ia milik MH370,” katanya.

Penerbangan MH370 dengan 239 penumpang dan anak kapal hilang ketika perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada March 2014. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori