Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bunkface Lancar Single Baru...

KUMPULAN rock indie terkenal, Bunkface teruja untuk memperdengarkan single terbaharu mereka kepada umum,...

Mangsa Banjir Di Perak...

IPOH - Jumlah mangsa banjir di Perak masih tidak berubah sejak malam tadi...

Kayu Selfie Xiaomi Dengan...

Xiaomi, jenama yang tidak asing lagi di Malaysia telah pun menawarkan beberapa aksesori mereka...

Mayat Kru Kapal Layar...

Langkawi : Pencarian kru kapal layar yang dilaporkan hilang selepas terjatuh daripada bot...

Servcorp Mohon Maaf Iklan Wombat Timbulkan Kekeliruan

BARU-BARU ini kecoh jadinya, apabila tersebar gambar yang memaparkan iklan dengan imej haiwan menyerupai babi memakai songkok dan sampin sambil tertera kapsyen ucapan hari raya di laman siber.

Ianya seolah-olah mengundang api kemarahan masyarakat Islam di Malaysia.

BACA: Iklan Babi Bersongkok, Bersampin Ucap Selamat Hari Raya

Berikutan itu, syarikat Servcorp yang berpengkalan di Australia memohon maaf atas kekeliruan menggunakan haiwan jenis wombat pada papan iklan elektronik di Bukit Bintang, Kuala Lumpur hingga ramai tersilap anggap bahawa ia merupakan seekor khinzir.

wombat1

Kenyataan maaf itu dibuat menerusi laman Facebook rasmi syarikat berkenaan.

“Servcorp merupakan sebuah syarikat Australia yang menggunakan Wombat sebagai maskot syarikat – wombat merupakan anak beruang kecil dan tergolong dalam keluarga koala.


“Ia membuatkan segelintir orang tersilap anggap bahawa ia merupakan seekor khinzir yang mungkin menyentuh sensitiviti dan mencemar kesucian bulan Ramadan,” kata Servcorp pada Isnin.

Jelas syarikat antarabangsa tersebut, mereka tidak mempunyai niat untuk menyinggung mana-mana kaum atau agama di seluruh dunia.

Difahamkan, syarikat tersebut sememangnya menggunakan haiwan itu sebagai maskot syarikat di seluruh dunia termasuk di Timur Tengah.

Sementara itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan pemadaman iklan digital itu di Jalan Bukit Bintang pada Ahad lalu. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

  • Lagi berita berkaitan:
  • babi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori