Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Penyokong Parti Perlu Berlapang...

PUTRAJAYA - Penyokong parti perlu berlapang dada menerima keputusan Perdana Menteri, Tan Sri...

Tanah Milik, Isu Terakhir...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad menganggap usaha mendapatkan...

M. Nasir Positif COVID-19,...

KUALA LUMPUR: Komposer dan penyanyi tersohor, Datuk M. Nasir positif COVID-19 dan sedang...

Pelajar Jangan Terpengaruh Gerakan...

TAWAU - Golongan pelajar di negeri ini dinasihat agar tidak terpengaruh dengan gerakan...

Shahidan Kassim Saran MADA Bina Identiti Produk Sendiri

KANGAR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyarankan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) membangunkan jenama sendiri bagi produk-produk perniagaannya.

Katanya pelbagai produk dikeluarkan atas nama industri asas tani namun pelbagai jenama yang digunakan boleh melenyapkan nama MADA selain sukar menjadi popular dan mencapai tahap global.

“Saya ingin menyarankan mulai sekarang MADA mengambil pendekatan baharu dengan menjenamakan semula produk-produk keluarannya dengan meletakkan nama MADA sebagai identiti,” kata Shahidan semasa ditemui selepas menyampaikan wang ihsan kepada mangsa banjir tahun lepas di sini, hari ini.

Beliau memberi contoh kejayaan Felda meletakkan nama agensi itu pada produk-produknya sehingga diyakini pengguna di peringkat antarabangsa.


Pengurus Besar MADA, Md Zuki Ismail menyambut baik saranan Shahidan itu dan berkata agensi itu akan mengambil tindakan proaktif kerana hampir 100 produk petani MADA pada masa ini menggunakan pelbagai nama.

Katanya sebahagian peruntukan RM175 juta yang diperuntukkan kepada MADA dalam Rancangan Malaysia Kesebelas tahun depan akan digunakan bagi menjenamakan semula produk-produk petani MADA.

Pada majlis itu, 418 petani MADA Perlis menerima wang ihsan antara RM300 hingga RM3,000 seorang berjumlah RM368,000 berdasarkan penilaian kerugian dan keluasan sawah padi mereka yang rosak akibat banjir November dan Disember tahun lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori