Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Tolak Kebenaran Rayuan...

PUTRAJAYA - Dilema bekas aktivis sosial dan politik Dr Kassim Ahmad yang berkemungkinan...

AS, UAE Bincang Situasi...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, berbincang menerusi telefon dengan Putera Mahkota...

Sampai RM1,000 Upah Gadis...

RESTORAN yang menyediakan khidmat gadis karaoke dengan kadar upah antara RM50 hingga RM1,000...

Sukarelawan Palestin ‘Kacak’ Bantu...

'BERAT sama dipikul, ringan sama dijinjing'.Tiada siapa menyangka, sekumpulan warga Palestin di negara ini sanggup...

Nasib Penagih – Ibu Sendiri Abai Di Kala Maut Menjemput

TIDAK semua manusia itu sempurna, selagi kita bernafas di bumi Allah, selagi itulah kita akan berkeinginan untuk melakukan sesuatu yang menimbulkan dosa.

Itulah pentingnya nilai ketaqwaan dan iman dalam diri seorang muslim.

Baru-baru ini pada 25 Jun, seorang pesakit yang merupakan seorang penagih dadah telah meninggal dunia di hospital Banting.

Dilaporkan arwah meninggal dunia akibat serangan komplikasi paru-paru ketika berada di hospital berkenaan.

Apa yang menyedihkan ialah sewaktu arwah menghembuskan nafas terakhir, tiada seorang pun kenalan mahupun sanak saudara disisinya. Sedih bukan?

Dia seolah-olah disisih oleh pihak hospital dan keluarganya sendiri oleh kerana dia merupakan seorang penagih dadah.

Jom ikuti ceritanya.

ibu pun abai(1)

Mereka pandang hina dengan dia (penagih dadah) sampai doktor dan nurse buat endah tak endah bila dia minta sedikit ubat tahan sakit… dia minta oksigen sebab sesak nafas…dia meraung kepanasan.. tapi tiada siapa yang peduli. (Alasan mereka tengah gian la tu) dia call mak dia supaya datang menjemputnya tapi ibunya cuba mengelat ketika dihubungi. Tapi tahukah kamu dia mati bersendirian di katil hospital tanpa ditemani ahli keluarga (wahai ibu walaupun anak kamu dianggap sampah tapi darah kamu tetap mengalir ditubuhnya… terima dia seadanya).. Tahukah kamu dia bersedekah roti dan ayam miliknya pada pesakit lain. Tahukah kamu dia berzikir ketika menghadapi sakit dan sebelum ajal menjemputnya dan tahukah kamu dia mati dalam bulan yang mulia.
Tiada siapa yang menyedari nyawanya berakhir sehingga ada seorang penjaga yang menyedari.. Siapa kita sebagai manusia nak tentukan penagih dadah sebagai sampah masyarakat. Mohon doktor dan nurse jangan memilih pesakit ketika merawat mereka… akhirnya dia pergi menemui Pencipta…Damailah kamu di sana.


Apa yang ingin disampaikan ialah khasnya kepada ibu-ibu, doktor, jururawat dan pihak kakitangan hospital.

Kami tahu andalah yang bertanggungjawab dengan pesakit tetapi jagalah ‘sikap’ dalam melayani pesakit.

Mungkin terdapat segelintir yang bersikap begini namun janganlah kerana dia pesakit ‘sampah masyarakat’ menyebabkan anda mengendahkannya.

Janganlah kerana ragam pesakit yang menggila menyebabkan anda berputus asa kerana tugas anda adalah menyelamatkan nyawa manusia.

Buat ibu kepada arwah, tidakkah anda berasa kasihan memikirkan arwah keseorangan sewaktu dijemput ilahi?

-MYNEWSHUB

Oleh: hzq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori