BERIKUTAN episod kontroversi yang melanda figura bergelar Diva AA, iaitu Azwan Ali dua tiga hari ini, ia turut mendapat perhatian agamawan terkenal, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.
Beliau yang juga Mufti Perak menyamakan sikap biadab yang ditonjolkan Azwan melalui laman sosialnya seperti seorang fasik kerana hal itu mencerminkan dirinya sebagai seorang Islam.
Dr Harussani juga berkata, tindakan yang dilakukan adik kepada MB Selangor itu tidak menggambarkannya sebagai Muslim yang sedang berpuasa.
BERKAITAN: Kes Menate – Azwan Ali Akhirnya Mohon Maaf
Memetik kenyataannya dalam portal Astro Awani Dr Harussani berkata, “Sikap dia bukan sikap Muslim yang berpuasa. Bulan puasa begini kita hendak lahirkan orang yang bertakwa.
“Jadi apa yang dia lakukan itu menggambarkan sifat fasik. Dia seperti tidak menghormati bulan Ramadan. Apa yang dia cakap bukan macam orang berpuasa.
“Tuduh menuduh dan memaki orang lain bukan sifat Muslim. Dia bukan sahaja menuduh malah kenyataannya penuh dengan prasangka buruk.”
Dalam perkembangan terbaharu isu yang melanda bekas pengacara Melodi itu, Azwan akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosial semalam.
Begitu pun ramai yang menganggap ayat dalam permohonan maafnya itu pun tak mencerminkan dia benar-benar insaf melainkan atas dasar hormat kepada Rani Kulup semata-mata.
Apa pun kalau betul-betul mengakui kesalahannya, baguslah. Tapi kalau meminta maaf hanya kerana terpaksa, nampaknya Azwan perlu belajar untuk merendahkan ego dan mengakui kesilapan dengan ikhlas.
Nah, anda harus tonton rakaman video terkini berdurasi 15 saat ini dan nilailah sendiri adakah Azwan benar-benar memohon maaf atau… – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=g6vE-WHOxx0&feature=iv&src_vid=LYbVdMYfboc&annotation_id=annotation_2161794563
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR