Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

BN Mampu Rampas 5...

KUCHING - Usaha berterusan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mendampingi masyarakat...

“Cikgu Rotan Anak Saya...

TULAR di media sosial perkongsian seorang bapa yang kesal dengan tindakan guru di...

Aksi Pembantu Pilot Garuda...

JAKARTA - Meskipun berada tinggi di atas awan biru, aksi bersahaja pembantu juruterbang...

Selepas 20 Hari, Kebakaran...

NIBONG TEBAL: Selepas 20 hari bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di tapak pelupusan sampah Pulau...

Simpan Motosikal Curi, Pengawal Keselamatan Dipenjara 9 Bulan

KUALA LUMPUR – Akibat menyimpan sebuah motosikal curi, seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Muhamad Faizal Ismail menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Yusuf Mohamad Ghafur, 39, setelah dia mengaku bersalah menyimpan sebuah motosikal jenis Modenas Kriss milik Muhammad Hadi Tan Abdullah, 46, seorang peniaga.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 28 Julai lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda.


Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan dia perlu menanggung seorang ibu dan tiga orang anak saudara.

Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira tertuduh mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau berkaitan dadah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori