Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Video: Kisah Sebenar Hafiz...

16 MEI depan merupakan tarikh Israk Mikraj bagi tahun 2015.Israk Mikraj penting dalam...

Kes Rogol Remaja Perempuan...

JOHOR BAHRU - Polis hari ini menafikan adanya kes cubaan rogol serta pukul...

Malaysia, Singapura Sepakat Terus...

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Singapura akan terus perbincangan dan mencapai persetujuan bagi...

‘ASP’ Kaki Pinjam Akhirnya...

ALOR GAJAH - Padah menggunakan identiti ASP Azizul Abu Hanifah bin Tan Sri...

Ski Malaysia Komited Beraksi Di Pentas Dunia

PERNAHKAH anda terbayang atlet negara beraksi dalam acara luncur salji di Sukan Olimpik Musim Sejuk?

Tanpa salji di negara ini, Persatuan Ski Malaysia tetap komited untuk menghantar peluncur berpotensi negara mengambil bahagian di kejohanan antarabangsa dalam usaha layak ke Sukan Oimpik Musim Sejuk.

Presidennya, Tan Sri Shahril Shamsuddin berkata, persatuan yang ditubuhkan tiga tahun lalu, mahu mencipta sejarah menghantar atlet Malaysia beraksi di temasya itu.

Dalam usaha menjadikan bakat yang ada lebih kompetitif, persatuan itu menjalin perkongsian dengan Genting Resort Secret Garden yang menjadi penaja utama mereka berlatih di resort yang terletak di Chongli, China.

“Ketika ini kami mempunyai tiga atlet. Genting Resort Secret Garden akan menyediakan kemudahan kelas dunia sebagai gelanggang latihan bagi atlet negara mempersiapkan diri untuk mencipta nama dan menerima pengiktirafan antarabangsa.

“Rancangan untuk atlet serta perancangan sukan ini akan diumumkan pada 3 Ogos nanti. Atlet ini perlu bertanding di tahap tertinggi dan mungkin satu hari nanti kita mampu menghantar mereka ke Sukan Olimpik Musim Sejuk,” katanya.

Shahril berkata demikian selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Genting Resort Secret Garden yang diwakili pengerusinya, Datuk Lim Chee Wah di Wisma OCM, di sini hari ini.


Sementara itu, Chee Wah berkata, Genting Resort Secret Garden bukan sahaja menjadi gelanggang latihan untuk atlet Malaysia, tetapi juga bagi peluncur dari Asia Tenggara.

Katanya perkongsian itu penting dalam menyediakan keperluan bagi atlet luncur dan snowboard yang menghadapi kesukaran berlatih kerana ketiadaan gelanggang latihan.

“Kami melihat perjanjian ini sebagai langkah awal mengubah industri sukan musim sejuk ke negara yang tidak mempunyai salji. Tinggal di negara tanpa musim sejuk bukan satu halangan untuk berlatih dalam sukan ini.

“Resort ini sudah menjadi tuan rumah pelbagai acara yang diiktiraf FIS (Persekutuan Ski Antarabangsa) termasuk liga Piala Timur Jauh, siri perlumbaan luncur Alpine yang turut diadakan di Jepun dan Korea Selatan, yang menarik penyertaan ramai peluncr elit Asia,” katanya.

Menurut Chee Wah, Genting Resort Secret Garden adalah pusat peranginan luncur salji terbesar di China dengan 19,600 pelancong yang turut berpotensi menjadi lokasi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.

Pusat peranginan itu kini diubah menjadi perkampungan luncur sepanjang tahun, zon hiburan keluarga, kemudahan spa dan kesihatan, kondominum dan hotel. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Ski

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori