Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

TPPA: Kita Tunggu Dan...

TOKYO - Malaysia mengambil sikap "tunggu dan lihat" sebelum membuat sebarang keputusan mengenai...

Zaid Ibrahim Nyatakan Pendirian...

KUALA LUMPUR – Aktivis politik, Datuk Zaid Ibrahim menyatakan pendirian untuk bersama Tunku...

Suspek Kes Jenayah Seksual...

SHAH ALAM – Kebanyakan kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang dilaporkan di Selangor...

Kaunter Pasport Imigresen Ditutup...

SEREMBAN - Kaunter perkhidmatan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri...

Skim Ujrah PTPTN Menjimatkan Peminjam

KUALA LUMPUR – Skim Pinjaman Ujrah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), yang diperkenalkan pada 2008, bagi meringankan beban para peminjam, kurang mendapat sambutan.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Strategik PTPTN Mastura Mohd Khalid berkata hanya 23 peratus atau 257,382 daripada 1.1 juta peminjam di bawah pinjaman konvensional sebelum 2008, bertukar kepada pinjaman Ujrah.

Bakinya sebanyak 866,321 atau 77.1 peratus masih kekal dengan pinjaman konvensional.

Sejak ditubuhkan pada 1997 sehingga 31 Mei lepas, PTPTN meluluskan pinjaman kepada seramai 2.3 juta peminjam dengan komitmen sebanyak RM52.2 bilion.

Agak menghairankan mengapa ramai yang tidak bertukar kepada pinjaman Ujrah jika ia lebih menguntungkan?

Kiralah jumlah penjimatan yang boleh dibuat sekiranya peminjam menukar pinjaman konvensional mereka kepada skim pinjaman Ujrah yang patuh syariah hanya mengenakan satu peratus kadar rata sepanjang tempoh bayaran balik.

Dan cuba pula bandingkan jumlah berkenaan dengan perjanjian pinjaman konvensional yang mengenakan kos pentadbiran di antara tiga dan lima peratus yang dikira atas baki berkurangan.

SKIM UJRAH MENJIMATKAN

Mastura berkata: “Saya tak pasti sama ada rendahnya bilangan yang bertukar kepada pinjaman Ujrah ini disebabkan kurang kesedaran atau kerana mereka sememangnya tidak mahu membuat pertukaran perjanjian.

“Kalau kita lihat, ramai antara mereka ini adalah peminjam tegar yang tidak pernah pun membuat bayaran balik pinjaman PTPTN. Mereka tidak mengendahkan apa yang berlaku terhadap akaun pinjaman mereka,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa rendahnya kadar pertukaran perjanjian pinjaman konvensional-Ujrah adalah disebabkan faktor persepsi peminjam yang menganggap proses pertukaran itu meremehkan.

Mastura berpendapat sangatlah merugikan bagi peminjam masih kekal di bawah perjanjian pinjaman konvensional kerana melalui pembiayaan Ujrah, mereka mampu menjimatkan kos pentadbiran kira-kira 50 peratus.

“Satu peratus Ujrah itu dikenakan atas jumlah baki pinjaman yang diberikan. Contohnya dia dah bayar RM3,000 dan baki pinjaman dia seterusnya berjumlah RM12,000.


“Jadi Ujrah itu hanya akan dikenakan atas RM12,000 bukannya jumlah keseluruhan pembiayaan yang diberikan iaitu RM15,000. Kita harap tiada lagi silap faham di kalangan peminjam berhubung kiraan kos dan Ujrah yang dibuat oleh PTPTN,” katanya dalam satu temubual dengan Bernama di sini.

PENJADUALAN SEMULA PEMBIAYAAN

Menjelaskan lanjut, Mastura berkata menerusi pinjaman Ujrah, peminjam layak untuk memohon penstrukturan atau penjadualan semula pembiayaan berbanding perjanjian pinjaman konvensional.

Tambah beliau, pinjaman Ujrah adalah bersifat kekal dan tidak akan ditarik balik meskipun peminjam gagal membuat bayaran bulanan yang konsisten.

“Jika gagal membuat bayaran secara konsisten, peminjam boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan seperti mana peminjam lain tanpa mengira status pinjaman konvensional atau Ujrah. Kita berharap apabila ditukar kepada Ujrah, peminjam akan lebih konsisten melaksanakan bayaran balik.

“Sekiranya tidak bayar, akaun pinjaman akan jadi tak baik dan kita akan hantar notis peringatan,” katanya.

TINDAKAN PTPTN

Menurut Mastura, kadar kutipan balik PTPTN agak rendah iaitu sekitar 46 peratus.

“Merujuk kepada kedudukan dana untuk memastikan kita boleh meneruskan pembiayaan kepada peminjam akan datang, maka kita mengambil tindakan yang dirasakan patut bagi mendapatkan bayaran balik daripada peminjam-peminjam yang dikategorikan sebagai tegar ini,” katanya.

PTPTN mentakrifkan peminjam tegar sebagai seorang peminjam yang tidak pernah membuat sebarang bayaran balik melebihi tempoh tiga tahun daripada tarikh sebenar sepatutnya bayaran pinjaman dibuat.

“Jadi kalau tak bayar satu bulan, itu belumlah tegar atau setahun pun sebenarnya tidak tegar lagi,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PTPTN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori