Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Orang Ramai Dinasihat Tak...

KOTA TINGGI - Orang ramai khususnya warga emas di Johor dinasihati agar tidak...

Perlu Kaedah Baharu Atasi...

KUCHING - Sarawak akan mencari kaedah pengurusan terbaik bagi menyelesaikan masalah banjir kilat...

UMNO Muar Harap Muhyiddin...

MUAR - UMNO Bahagian Muar berharap dengan keputusan kekal dalam parti, Tan Sri...

862 Kes Baharu COVID-19,...

PUTRAJAYA - Sebanyak 862 kes baharu dilaporkan membabitkan 860 kes penularan tempatan dan...

Keluarga Sokong Keinginan Budak 4 Tahun Tukar Jantina!!!

SEPASANG suami isteri dari California, Amerika Syarikat mengejutkan ramai apabila mendedahkan bahawa mereka menyokong keinginan anak lelaki mereka yang berusia empat tahun untuk menukar jantina menjadi perempuan!!!.

Pendedahan itu dibuat menerusi satu temu bual dengan pihak National Public Radio di Oakland, California baru-baru ini.

1

Hal itu sekali gus mencetuskan polemik yang mula mempersoalkan kewajaran usia sekecil itu dalam menentukan keputusan hidup.

Lebih aneh, memikirkan sikap keterbukaan ibu bapa kanak-kanak ini menyokong tindakan anak lelaki mereka yang masih mentah untuk bertukar jantina.

Tidak dinafikan kes penukaran jantina bukanlah suatu perkara yang asing dalam masyarakat kita mahupun negara luar.

Malah, bintang Hollywood Bruce Janner sendiri mengambil suatu jangka masa yang agak lama sebelum memutuskan untuk menukar jantina pada usia 65 tahun.

Sedangkan, umum mengetahui bekas atlit Olimpik pernah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata iaitu Kendall dan Kylie yang turut terlibat dalam program realiti Keeping Up With The Kardashians.

Namun, lain pula yang berlaku dalam konteks dalam kes ini.

Kanak-kanak lelaki yang bernama Jack ini bertukar identiti menjadi ‘Jackie’ (nama perempuan) dalam sekelip mata pada usia baru mencecah empat tahun.


Menurut ibunya, Mary Carter keputusan penukaran jantina itu dibuat setelah Jack meluahkan perasaan sedihnya menjadi seorang lelaki.

Difahamkan, kanak-kanak empat tahun ini sangat gemar menggayakan gaun milik kakaknya sambil memakai kasut berwarna merah jambu.

Walaupun ibu bapa Jackie menyokong keputusan itu, kakak Jackie, Chloe masih lagi memanggil adiknya sebagai Jack.

Dalam pada itu, bapa Jackie, James Kristian mengakui kadang-kala dia merindui anak lelakinya namun menghormati keputusan anaknya.

Seorang penulis dan aktivis terkenal, Walt Heyer yang pernah menjalani pembedahan penukaran jantina sedekad lalu kemudian menyesal dan kembali menjadi lelaki semula turut mengeluarkan pendapatnya dalam penukaran jantina Jackie.

“Ada banyak soalan di sini. Kanak-kanak tidak dilahirkan transgender. Gangguan ketika zaman kanak-kanak boleh memberi kesan kepada perkembangan biasanya berlaku akibat sesuatu peristiwa tertentu, ” ujarnya yang mendedahkan punca dirinya dulu menukar jantina disebabkan layanan neneknya yang sering menganggap dirinya seorang gadis.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori