Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Nahas EgyptAir: Mayat, Barangan...

KAHERAH - Tentera laut Mesir dilaporkan berjaya menemui cebisan mayat, serpihan pesawat dan...

Pembantu Tadbir Kolej Tak...

Seremban : Pembantu tadbir sebuah kolej vokasional didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini,...

Permintaan Terhadap Getah Asli...

KENINGAU – Permintaan terhadap getah asli oleh pihak industri terus meningkat, kata Ketua...

Sejarah Hooligan 700 Tahun...

KALENDAR bola sepak 2014 tanpa disedari peminat di serata dunia sebenarnya genap ulang...

SPAD Kesan Lori Bauksit Bawa Muatan Berlebihan

KUANTAN – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengesan 19 kesalahan yang dilakukan oleh lori yang membawa bauksit termasuk membawa muatan berlebihan dalam operasi khas yang dijalankan selama dua hari bermula semalam.

Ketua Jabatan Penguat Kuasa SPAD Mejar Jeneral (B) Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata dalam operasi yang dijalankan bersama Pejabat Tanah dan Galian Pahang itu, pihaknya berjaya mengesan lima kes lebih muatan, lapan kes lebih paras panel, tiga menambah panel dan tiga kes membawa muatan berderai yang menyalahi syarat permit.

Katanya kes lebih muatan yang paling teruk berjaya dikesan ialah membawa berat (bauksit) lebih 160 peratus manakala bagi kesalahan lebih muatan paling rendah membawa muatan melebihi 89 peratus.

“Apa yang membimbangkan kesalahan lori yang membawa muatan lebih ialah ia boleh menyebabkan kenderaan tidak dapat bergerak dengan lebih baik sehingga mengakibatkan kemalangan selain merosakkan infrastruktur yang kerajaan buat,” katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi khas larangan membawa lori membawa bauksit di sini, hari ini.


Dalam pada itu, Che Hasni berkata bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini SPAD mengenal pasti 2,478 kesalahan yang membabitkan lori di seluruh negara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori