Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

BN Komited Dukung Islam...

KUALA LUMPUR - Walaupun banyak diperkatakan mengenai kedudukan Islam di negara ini, Datuk...

Video: Pemandu Myvi 2...

PETRAJAYA - Bagaikan adegan filem 'Fast & Furious', seorang lelaki dan wanita gigih...

Dr. Sim Bantu Warga...

KUCHING - Majlis pecah tanah kilang pembuatan panel sistem pembinaan modular di sini...

Manifesto BN: Buka Peluang...

KANGAR - Perancangan dirangka Barisan Nasional (BN) untuk memperkasakan wanita yang disifatkan sebagai...

SPAD Tubuh Jawatankuasa Siasat Insiden Kerosakan Brek LRT

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat insiden kerosakan brek Transit Aliran Ringan (LRT) di dua lokasi berasingan semalam.

Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar berkata hasil siasatan dijangka siap dalam masa dua atau tiga bulan dan jika didapati ada unsur kecuaian atau jenayah, ia akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Mengulas lanjut, beliau berkata jawatankuasa itu akan dianggotai pakar termasuk wakil daripada SPAD sendiri.

“Hasil laporan akan mengandungi punca kejadian serta cadangan penambahbaikan, kita juga akan mendapatkan laporan daripada Prasarana Malaysia Berhad untuk digabungkan dengan laporan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini Khamis.

Dalam kejadian semalam, dua tren LRT laluan Kelana Jaya mengalami masalah sistem brek, satu berdekatan Stesen Universiti, Petaling Jaya pada 8 pagi dan satu lagi di Stesen Setiawangsa pada 12.18 tengah hari.

Insiden yang menyebabkan kedua-dua tren itu diselubungi asap mengakibatkan gangguan sementara di laluan tersebut.


“Pemantauan terhadap tren memang dijalankan secara berkala mengikut Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan, mungkin juga ia terjadi disebabkan cuaca. Oleh itu kita tidak boleh membuat andaian awal,” kata Syed Hamid.

Jelasnya, SPAD sentiasa menyiasat jika berlaku sebarang insiden berkaitan perkhidmatan LRT dan tidak akan berkompromi bagi menjaga keselamatan penumpang.

Dalam pada itu ketika ditanya mengenai kenyataan Perdana Menteri yang mahu audit keselamatan dilakukan terhadap perkhidmatan LRT, beliau bersetuju dengan saranan berkenaan kerana insiden itu dianggap serius.

“Kita memandang serius insiden tersebut kerana ia mengakibatkan kebakaran dan boleh mengancam nyawa penumpang,” katanya sambil memuji tindakan pantas Prasarana dalam mengawal insiden berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori