ROMBAKAN Kabinet baru-baru ini menyaksikan pelbagai ragam dan karenah serta maklum balas di media sosial.
Turut tidak ketinggalan memberi respon mengenai perkara terbabit adalah Tuanku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau lebih mesra disapa TMJ.
Menerusi Facebook Johor Southern Tigers, status baginda yang baru-baru ini dimuatnaiknya menerangkan masalah kepincangan dan masalah korupsi yang dikatakan berlaku di dalam FAM.
Dalam status tersebut, baginda turut menyampaikan nasihatnya kepada generasi muda agar mencegah korupsi dalam arena terbabit.
Walaubagaimanapun, buat anda yang menggenali cara penyampaian TMJ, Baginda mungkin juga sebenarnya ingin meluahkan pendapatnya terhadap senario politik pada masa kini.
BOLASEPAK, KORUPSI
Kuasa tidak mengkorupkan seseorang. Ketakutan yang mengkorupkan seseorang… Mungkin kerana takut akan hilang kuasa dan sifat tamak. Apabila saya melihat sesuatu yang tidak kena dalam FAM, saya terpaksa berfikir panjang.
Saya tidak sanggup menerima betapa hipokritnya keadaan. Mencegah korupsi bukan sahaja baik, tetapi ianya sebagai benteng diri, ianya mencerminkan harga diri kita. Tanggungjawab generasi muda adalah untuk mencegah korupsi dalam bolasepak dan apa sahaja lapangan.
Saya ingin berkongsi sepotong korus daripada sebuah lagu tulisan Ray Davies, yang menarik untuk para penyokong bolasepak. Ianya berbunyi, “Wang dan rasuah merosakkan tanah air, penyangak mempergunakan mereka yang bekerja keras dan memperlakukan kita seperti biri-biri, dan kita sudah jemu mendengar janji-janji mereka yang kita tahu mereka takkan kotakan.”
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
Apa-apa pun perkara jelas yang ingin disampaikan oleh TMJ ialah keburukan permasalah korupsi ini adalah sememangnya sesuatu yang patut dicegah dari akar umbi. – MYEWSHUB.CC
Oleh: hzq
https://www.youtube.com/watch?v=NYFFFtk-DxQ