Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pengantin Baharu Antara 2...

TAPAH - Sudah tentu saya sedih kerana kami baharu sahaja melangsungkan pernikahan Sabtu...

Gembira Isteri Dapat Kerja,...

Bengkulu - Sebagai memenuhi nazarnya, Seno Agritinus Malvin akan berjalan sejauh 270 kilometer...

MB Perak Nafi Laporan...

SITIAWAN - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir hari ini...

Lebih Banyak Pasar Tani...

KEMAMAN - Lebih banyak pasar tani kekal akan dibina di seluruh negara yang...

Suami Isteri Dan Ibu Maut Kereta Dirempuh Treler

IPOH – Tiga orang dilapor maut apabila kereta mereka dirempuh treler di Kilometer 24, Jalan Teluk Intan dekat Teluk Intan malam tadi.

Mangsa ialah Mohd Nazeri Abdul Razak, 45, isterinya Norzuwida Ahmad Tarmizi, 41, dan ibu Norzuwida, Zalehah @ Zaleha Ibrahim, 71.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pasangan suami isteri itu dari Petaling Jaya, Selangor meninggal dunia di tempat kejadian manakala Zaleha yang tinggal di Tapah meninggal dalam perjalanan ke Hospital Teluk Intan.

Beliau berkata tiga orang anak pasangan itu iaitu Muhammad Danial, 1 tahun, Muhammad Aiman Haziq, 8, dan Nuramira Shafika, 15, cedera ringan.

Kejadian berlaku pada pukul 8.20 malam apabila treler berkenaan yang datang dari arah Chenderong Balai menuju Teluk Intan dilapor terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar kereta Proton Wira yang dinaiki keluarga berkenaan, katanya kepada Bernama.


Mohd Shuhaily berkata pemandu treler terbabit kini ditahan untuk siasatan lanjut.

– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori