Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Penyokong Bola Sepak Serang...

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Semenanjung Malaysia menyifatkan perbuatan sekumpulan individu...

5 Pendatang Asing Maut...

TEXAS - Lima pendatang asing maut manakala beberapa lagi cedera selepas kenderaan yang...

Kucing Bising Sedarkan Tuannya,...

KUANTAN - Seorang penduduk Taman Sungai Isap Damai, di sini tidak menyangka bunyi...

Eksklusif: Gaji Penjawat Awam...

DALAM kalangan pekerja swasta, amalan pembayaran gaji dua kali sebulan bukan perkara baharu...

‘Suami’ Mati, Wanita Rancang Kahwin Dengan Anjing

SEORANG wanita mengejutkan ramai apabila melakukan keputusan yang dianggap gila dan pelik apabila merancang untuk berkahwin dengan anjing peliharaannya yang dikenali sebagai Travis tidak lama lagi.

Keputusan itu dibuat selepas ‘suaminya’ yang juga merupakan seekor kucing mati baru-baru ini akibat masalah buah pinggang.

Dominique Lesbirel bersama kucing peliharaan yang juga merupakan 'suaminya'.
Dominique Lesbirel bersama kucing peliharaan yang juga merupakan ‘suaminya’.

Dominique Lesbirel, 41, yang merupakan pencinta haiwan dikatakan berkahwin dengan ‘suaminya’ itu sejak lapan tahun lalu.

Bagaimanapun, dia memilih untuk berkahwin lagi dengan Travis kerana merasa hidupnya sunyi sejak kematian ‘suaminya’.

Malah, Dominique juga dilaporkan menguruskan sebuah laman web yang mengeluarkan sijil perkahwinan kepada pengguna Internet yang mahu berkahwin dengan haiwan kesayangan mereka.

Menurut Dominique, sijil perkahwinan itu hanya dikeluarkan kepada mereka yang mahu berkahwin dengan haiwan peliharaan sahaja dan bukan haiwan liar seperti harimau dan beruang.


“Saya perlu memastikan mereka sangat mencintai dan menghormati haiwan peliharaan mereka sebelum saya keluarkan sijil perkahwinan ini.

“Saya tidak akan mengeluarkan sijil kepada sesiapa yang mahu berkahwin dengan haiwan liar seperti singa, harimau atau beruang,” katanya.

Jelasnya lagi, laman web yang dicipta itu boleh menggalakkan orang  ramai memberi komitmen untuk menyayangi haiwan peliharaan mereka. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

https://www.youtube.com/watch?v=wtDcJlk8BKQ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori