Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Video Haziq Muncul Dalam...

KUALA LUMPUR - Selepas tular dua klip video seks sejenis Ketua AMK Santubong,...

“Dah La Tak Mengaku...

SUDAHLAH melakukan kesalahan, kemudian tidak mahu mengaku bersalah pula. Lebih menjengkelkan, lelaki ini cuba memburukkan...

Wanita Tulis Surat Kepada...

SEORANG wanita telah ditangkap berlaku curang terhadap suaminya ketika menyaksikan sebuah perlawanan kriket...

Mengamuk Tak Tentu Pasal,...

RUMAH tangga King Coco diganggu wanita lain? Itu persoalan yang timbul apabila membaca...

Susu Kambing Segar Di Tepi Jalan Jadi Kegilaan

HANYA berbekalkan modal empat ekor kambing betina, pasangan China ini dilihat berjaya menarik perhatian orang di tepi jalan dengan menjual susu kambing segar yang diperah secara langsung terus di situ.

Mereka berdua dikatakan mampu meraih keuntungan yang sangat lumayan apabila berjaya menjual susu segar itu dengan harga 13 yuan (kira-kira RM6) sebotol di ibu wilayah Shaanxi, Xian.

Pasangan tersebut bagaimanapun hanya menjalankan perniagaan mereka di tepi jalan di pusat bandar Xi’an, antara kota tertua di China; yang biasanya sesak pada setiap hari Rabu.

Ini menyebabkan perniagaan unik mereka itu mendapat sambutan dan perhatian ramai orang sehingga pelanggan mereka perlu beratur panjang semata-mata untuk membelinya.

goat

goat-milk-xian-03

Susu kambing yang diperah di situ dikatakan sangat laris dan ada pelanggan yang sanggup datang dari jauh untuk membelinya secara segar semula jadi kerana haiwan itu diperah terus di depan mereka tanpa malu.

Bayangkanlah pelanggan dapat melihat sendiri proses pemerahan langsung dari puting tetek kambing berkenaan yang ditambat pada pokok untuk mengelak mamalia tersebut melarikan diri.


Usaha mereka ini boleh dijadikan contoh kepada orang ramai, jika mahu mencapai sesuatu pasti ada jalannya, ia bergantung pada sikap individu itu sahaja bagaimana mencari rezeki.

Semoga usaha murni dan kreatif mereka ini dapat memberikan keuntungan yang setimpal dan terus maju pada masa yang akan datang. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

goat-milk-xian-07

goat-milk-xian-02

goat-milk-xian-05

Oleh: SYFQ AKHIR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori