Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Polis Buru Suspek Liwat,...

POLIS sedang memburu seorang lelaki yang didakwa meliwat dan mencederakan seorang bayi lelaki...

Piala FA: JDT Hampir...

KUALA LUMPUR – Juara edisi 2016, Johor Darul Ta’zim (JDT) hampir dikejutkan oleh...

Jumlah Perjalanan Feri Ke...

SEREMBAN: Syarikat pengendali penerbangan dan feri ke Langkawi diminta untuk meningkatkan jumlah perjalanan...

VIDEO: Hero Sebenar.. Selamatkan...

VIDEO memaparkan seorang lelaki tua yang sedang berjalan di sepanjang platform menunggu komuter,...

Syaiful Zero Rancang Nikah Gantung Aidilfitri Ini

SEPERTI semua maklum, salah seorang ahli kumpulan Zero, Saiful pernah mengumumkan akan mengakhiri zaman bujangnya selepas berakhir program final Maharaja Lawak Mega 2014 beberapa bulan lalu.

BACA: Dah Menang MLM.. Saiful Zero Tangguh Kahwin Pulak

Bagaimanapun, hasrat tersebut ditunda atas alasan ingin menfokuskan terhadap kerjaya terlebih dahulu.

ZERO / MAHARAJALAWAK MEGA 2014 / MLM 2014

Tup-tup adik kepada Syaiful iaitu Sharif memberitahu, abangnya merancang untuk bernikah terlebih dahulu pada Aidilfitri ini namun menangguhkan majlis resepsi memandangkan rumah mereka di Sabah terlibat dalam kebakaran pada Jun lalu.

“Ibu kami tinggal sementara di sini. Kami akan menyambut Hari Raya di Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum kembali ke Sabah untuk majlis pernikahan Syaiful di sana.


“Perkara ini bukanlah sesuatu yang dapat dijangka. Tindakan yang diambil Syaiful itu adalah sebaiknya buat masa ini memandangkan kerja pembaikan rumah hanya boleh dilakukan selepas raya,” ujarnya.

Menurut Sharif, ibu dan empat adik kini tinggal bersama mereka di Kota Damansara, Selangor kerana mereka tidak sanggup melihat keluarga tinggal di penempatan sementara. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Sumber: Berita Harian

  • Lagi berita berkaitan:
  • zero

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori