Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

“Serangan Ke Atas Amerika...

NEW YORK - Korea Utara mengeluarkan amaran bahawa serangan roket ke atas bumi...

Aset ‘Raja Dadah’ Malaysia...

KANGAR: Nilai aset seorang rakyat Malaysia digelar sebagai Raja Dadah yang ditahan di...

Suami Isteri Maut Semasa...

JELI : Sepasang suami isteri maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum...

Polis Tahan Sepasang Suami...

JOHOR BAHRU - Sepasang suami isteri dipercayai mengedar dadah jenis ganja ditahan dalam...

Taktik Baharu Ganja Dijual 500 Gram Setiap Ketul

ALOR SETAR – Pihak polis percaya mereka menemui kaedah baharu menjual ganja apabila ia dijadikan hanya seberat 500 gram bagi setiap ketul.

Penemuan ini didapati apabila seorang lelaki ditahan di Sungai Petani tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah, ACP Abd Razak Mohd Zin berkata selama ini ketulan ganja selalunya seberat satu kilogram dan bukan 500 gram.

“Namun kita sedang siasat perkara ini, sama ada ia lebih senang untuk dijual dengan cara ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata suspek berumur 44 tahun tersebut ditahan ketika sedang menaiki kereta di Taman Sejati.

Pemeriksaan di bonet kereta itu membawa kepada penemuan 20 ketulan mampat dipercayai ganja seberat 10.4 kilogram, kata Abd Razak.


Beliau berkata turut ditemui ialah bungkusan yang dipercayai mengandungi syabu seberat 214.30 gram.

Kesemua rampasan dianggar bernilai RM44,000.

Abd Razak berkata suspek dipercayai mengedar dadah di kawasan utara dan suspek yang berasal dari Pulau Pinang itu mempunyai tiga rekod lampau berkaitan dadah.

Suspek direman sehingga 21 Julai. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori