Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jual 50Kg Bakso Daging...

SUKABUMIƃā€šĆ‚Ā - Pihak polis Kota Sukabumi di Jawa Barat berjaya membongkarkan satu sindiket yang...

Selangor Rangka SOP Baharu...

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan merangka prosedur operasi standard (SOP) baharu untuk...

Pelancong Dipenjara Kerana Cabul...

KUALA LUMPUR - Seorang pelancong warganegara Bangladesh dihukum penjara 18 bulan dan satu...

Najib Dedah PH Guna...

REMBAU - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa kini giliran...

Tanah, Premis Biak Nyamuk Aedes Di Perak Mungkin Dirampas

LUMUT – Pemilik tanah dan premis di Perak yang membiarkan aset mereka menjadi kawasan pembiakan nyamuk Aedes kini berdepan kemungkinan hartanah terbabit dirampas oleh kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dengan sikap pemilik yang masih berdegil dalam menjelaskan cukai tanah masing-masing serta membiarkan kawasan milik mereka menjadi sarang pembiakan nyamuk Aedes.

Katanya tindakan tegas juga akan diambil terhadap individu yang meneroka tanah kerajaan secara haram untuk tujuan pertanian sehingga kawasan itu dipenuhi air bertakung, sekali gus menjadi tempat pembiakan nyamuk.

“Apa-apa pun kita akan lakukan melalui saluran undang-undang dan kita tegaskan langkah penguatkuasaan akan dilakukan. Saya tidak akan berlembut dalam soal denggi ini kerana melibatkan soal nyawa manusia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada Jamuan Aidilfitri anjuran UMNO Bahagian Lumut di Dewan Merdeka Seri Manjung di sini hari ini.


“Bagi premis yang berpenghuni tetapi membiarkan kawasan mereka dipenuhi semak samun, tindakan kompaun maksimum akan dilaksana bagi menangani isu denggi,” katanya.

Semalam, Exco Kesihatan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata sebanyak 17 kematian akibat denggi dicatatkan di negeri itu bagi tempoh Januari hingga Rabu lepas.

Menurutnya, jumlah kumulatif kes denggi di Perak meningkat 98.6 peratus iaitu 6,267 kes berbanding tempoh sama tahun lepas sebanyak 3,155 kes. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori