SEKALI lagi berita membabitkan eskalator menjadi perhatian di China.
Selepas video seorang wanita maut ‘ditelan’ eskalator mendapat perhatian di seluruh dunia, kali ini tangan seorang bayi yang baru berusia 1 tahun pula menjadi mangsa eskalator yang sedang bergerak di sebuah pusat beli-belah di Wuzhou, Guangxi.
[VIDEO: INSIDEN NGERI WANITA MAUT ‘DIBAHAM’ ESKALATOR]
Menurut media tempatan, bayi tersebut dikatakan tersadung lalu terjatuh atas eskalator terbabit menyebabkan tangan kirinya terperusuk ke dalam jentera itu.
Saksi menyatakan kemalangan berlaku akibat kecuaian nenek bayi itu sendiri dan bukanlah akibat kerosakan pada eskalator seperti penyebab sebelum ini.
Pasukan bomba dan penyelamat tiba di tempat kejadian sejurus diberitahu. Tangan bayi itu kemudiannya berjaya dikeluarkan sebelum dibawa ke hospital. Tangannya dikatakan patah akibat insiden berkenaan.
Semoga ibu bapa mengambil iktibar daripada kejadian malang melibatkan eskalator dan anak kecil tak kira di dalam mahu pun luar negara.
Tangan Budak 3 Tahun Hancur ‘Dimakan’ Eskalator
Pergelangan Bayi 15 Bulan Terputus Tangan Terkepit Eskalator
Sentiasa awasi si kecil.. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
– Agensi/MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=rmfePAt0o5c
Oleh: Syfq Akhir