Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

APM Sertai MKN Banteras...

KUALA LUMPUR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan menghantar kira-kira 500 anggotanya...

Bakat Muda Liverpool, Woodburn...

ANAK didik Liverpool, Ben Woodburn diberikan kontrak jangka panjang berikutan prestasi selama 12...

Fokus Sasaran Dan Tambat...

Zahid Minta Pemimpin UMNO Fokus Sasaran, Tambat Hati Pengundi KUALA TERENGGANU - Pemimpin-pemimpin UMNO...

Lelaki Tampar Imam II...

LELAKI warganegara India yang menampar Imam II Masjid Negara ketika solat Jumaat sedang...

Tassel Emas, Signatur Eksklusif Tudung Bianco Mimosa

BAGI kaum wanita, bukan baju kurung sahaja yang menjadi persalinan penting pada lebaran tetapi tudung juga.

Apalah guna baju merelip merelap kalau tiba-tiba wajah kusam kerana tersilap memilih tudung bukan? Apatah lagi, perkara utama dipandang orang adalah bahagian wajah.

Malah, baju kurung yang plain dan “biasa-biasa je” pun tak diperasan orang kalau pemilihan tudung yang tepat telah menaikkan seri wajah pemakainya.

Bianco-Mimosa-Baju-22June20150208-510x600

Justeru bagi wanita yang mementingkan tudung bagi menaikkan aura penampilan, Bianco Mimosa ada penyelesaiannya.

Mimosa Semi Instant Shawl bukan sahaja mudah digayakan malah tahap labuh dan singkatnya boleh disesuaikan dengan mudah. Menjadikan rambut yang didandan lantas dilepas ke bahu sebagai inspirasi, ianya ditawarkan dalam 50 warna berbeza.

Selain skim warna yang pelbagai, kelebihan tudung ini terletak pada perincian manik dan sekuin yang dijadikan hiasan padanya. Sudahlah kemas dijahit tangan, butir hiasan ditabur berbeza-beza rekaan di setiap tudung, menjadikan setiap helai begitu eksklusif.

Harga yang dikenakan pula cukup berpatutan jika dipadan dengan kualiti fabrik cifon dan manik serta sekuin import dari Eropah yang digunakan, iaitu cuma RM99.

Selain Mimosa Semi Instant Shawl, turut ditawarkan adalah tudung selendang Rose Gold Mimosa Shawl yang menggunakan fabrik Cifon berkualiti tinggi dari Itali.

Keistimewaan fabrik cifon ini berbanding jenis cifon lain adalah dari segi pilihan warna yang ‘rare’ selain mutu kainnya yang mudah dibentuk.

Berat cifon jenis ini juga “ngam-ngam” sesuai dan selesa dikenakan di kepala selepas diletak butiran hiasan. Hasilnya selendang yang dikenakan jatuh terletak dengan cantik bila dipakai.

selendang yang dikenakan jatuh terletak dengan cantik bila dipakai.
Rose Gold Mimosa Shawl jatuh terletak dengan cantik bila dipakai.

Manik dan sekuin yang digayakan pada Mimosa Eksklusif pula, berbeza-beza materialnya dan melebihi tiga jenis bagi setiap selendang.


Ada yang ringkas, sedikit sarat.. juga ada yang diatur seakan signatur jenama fesyen terkenal seperti LV bagi memenuhi pelbagai kehendak pemakaian.

Paling penting, terdapat satu kelainan pada Rose Gold Mimosa Shawl iaitu tassel emas yang diberikan bersama tudung.

Tassel yang sekali imbas bak bracelet ini bukan sahaja eksklusif dan tidak boleh diciplak malah ianya mudah ditanggalkan untuk digayakan dengan lain-lain persalinan atau beg tangan.

Tassel yang sekali imbas bak bracelet ini bukan sahaja eksklusif dan tidak boleh diciplak malah ianya mudah ditanggalkan untuk digayakan dengan lain-lain persalinan atau beg tangan.

Lebih menarik, selepas sekali membeli tudung yang dikepilkan tassel ini, pembelian berikutnya menjadi lebih murah daripada harga asal iaitu RM250 kepada RM150 tanpa tassel baharu.

Kemudahan lain yang ditawarkan kepada pelanggan yang membeli tudung Bianco Mimosa adalah mereka boleh memilih sendiri butiran hiasan dan corak rekaan pada tudung mengikut gaya dimahukan.

Apa perlu dilakukan cuma pilih manik, sekuin atau lain-lain butir hiasan yang dimahukan; nyatakan gaya diingini dan datang semula untuk ambil tudung rekaan eksklusif anda di butik Bianco Mimosa dalam masa dua atau tiga hari kemudian.

Bagi yang berminat anda dipersilakan mengintai semua koleksi di laman web Bianco Mimosa.com atau saluran media sosial mereka di Instagram biancomimosaofficial atau Facebook www.facebook.com/bianco.mimosa.

Nak lebih puas hati, boleh juga berkunjung ke butik mereka yang terletak di No 48-G, Jalan Nautika, B U20/B, Pusat Komersial TSB, 40160 Sungai Buloh, Selangor.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan di talian 03-61450029. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=6Iq1hsnZpCM

Oleh: Rem Ramzi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori