Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Persembahan Udara TUDM Buka...

LANGKAWI - Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA'15) bermula hari ini...

Mahathir Akui Laporan WSJ...

*Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan pihak SAMM berhubung dakwaan WSJ satu masa...

2 Lagi Suspek Bunuh...

MEDAN - Dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian pembunuhan kejam lima sekeluarga...

Jemaah Haji Terkandas: Imbas...

SEPANG - ''Bila imbas pasport keluar di skrin muka orang lain," kata Sabariah...

Tayar Motor Pancit? Sila Call Bapa Mithali Dalam Gambar Viral Ini..

MENJELANG hari raya Jumaat lalu, tersebar sekeping gambar seorang bapa membawa tiga anaknya menaiki motosikal dari Sepang ke Pulau Pinang semata-mata untuk menyambut lebaran.

Gambar tersebut telah menyentuh hari ramai netizen yang terharu melihat anak beranak tersebut menempuh perjalanan yang jauh lagi memenatkan dalam keadaan panas terik di bulan Ramadan.

Antara yang “mata masuk habuk” menyaksikan gambar viral tersebut termasuklah penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza yang turut berkongsikan gambar ini dengan peminatnya di Instagram.

Fullscreen capture 7192015 51240 PM

Susulan gambar viral tersebut, si bapa yang membawa anak-anaknya itu mula dikenali ramai hingga terdapat insan yang menyapa dan bertanyakan perihal dirinya apabila bersua.

Salah seorang pengguna laman sosial yang bertemunya di sebuah stesen minyak di Bayan Baru, Pulau Pinang kemudiannya memuatnaik status berkongsi perihal dirinya atas niat untuk membantu.

Rupa-rupanya si bapa mithali tersebut bekerja sebagai runner untuk perkhidmatan membaiki tiub dan tayar motosikal yang pecah atau pancit di sekitar Pulau Pinang.


11755172_892689134145417_5319449087126118203_n

Justeru sesiapa yang memerlukan khidmat tersebut diseru untuk menghubunginya. Mudah-mudahan, ia dapat meringankan beban bapa ini membesarkan anak-anaknya.

Benarlah kata orang “kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa…”

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=T6l0PdNPbug

Oleh: Rem Ramzi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori