Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Aliran Trafik Di Lebuh...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat pukul...

Mimi Fly Dedah Alami...

VOKALIS kumpulan One Nation Emcees, Mimi Fly mengakui mengalami kemurungan selepas bercerai dengan...

Miliki Kenderaan Bukan Lagi...

KUALA LUMPUR - Memiliki kenderaan sendiri bagi golongan muda di Lembah Klang bukan...

Hapuskan Penjualan Arak Berkualiti...

PUTRAJAYA - Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar hari ini...

Temuduga Kerja Paling Menakutkan, Kena Cium Buaya

CHINA – Mungkinkah ini temuduga kerja yang paling menakutkan di dunia? Apa tidaknya calon akan diuji keberanian mereka iaitu dengan mencium buaya.

Mereka yang berjaya melakukannya berpeluang untuk ke peringkat seterusnya dan akan turut membawa pulang wang tunai kira-kira RM400.

2

Syarat tesebut ditetapkan untuk calon yang menghadiri temuduga sebagai eksekutif jualan bagi produk kesihatan yang diperbuat daripada buaya.

Ia memerlukan sembilan eksekutif jualan dengan calon wanita yang menarik diberikan keutamaan.

Meskipun ada calon lelaki yang menawarkan diri untuk mencium buaya berkenaan namun mereka tidak layak untuk ditemuduga.


Memandangkan syarikat itu mengeluarkan produk berasaskan buaya, maka ia mahu mencari pekerja yang tidak takut dengan haiwan tersebut.

Nasib baik buaya yang disediakan untuk dicium itu telah diikat mulutnya.

Dalam pada itu, penyelidik kanan di Institut Falsafah CASS di Guangzhou, Peng Peng berkata, penggunaan buaya untuk mencari pekerja adalah amalan yang lebih adil berbanding syarikat-syarikat yang menggunakan model berbogel dalam siri jelajah mencari pekerja. – MYNEWSHUB.CC

https://youtu.be/FNOYWW-N4MM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori