Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

‘Lambakan’ Pil Gugur Online...

PENGIKLANAN barangan dan perkhidmatan dalam talian sudah menjadi trend terkini bagi memudahkan pelanggan...

Pelayan ‘Nerd’ Vs Model...

GILA..! Lelaki mana tak suka kalau dapat menakluki hati gadis jelita persis supermodel...

Azam Baki Timbalan Ketua...

KUALA LUMPUR - Pengarah Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam...

EURO 2016: Sepanyol Mula...

VALENCIA - Vicente del Bosque beranggapan Sepanyol sudah membuat 'satu langkah ke hadapan'...

Tiada Halangan Untuk Sesiapa Tubuh Parti Baharu

SEREMBAN – Negara ini adalah negara yang mengamalkan demokrasi dan tiada halangan untuk sesiapa menubuhkan parti baharu, kata anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, jadi terserah kepada sesiapa yang merasakan perlu ada parti baharu. “Kita tidak boleh campur ataupun menghalang sesiapa yang berminat untuk menubuhkan parti baharu dan sebagainya.

Bagaimanapun, penubuhan parti baharu itu terserah kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk meluluskan atau tidak,” katanya selepas majlis berbuka puasa anjuran Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil & Sederhana Malaysia (IKHLAS) Mohd Ridzuan Abdullah di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan beberapa bekas pemimpin kanan PAS semalam melancarkan sebuah pergerakan, dikenali sebagai Gerakan Harapan Baharu, yang dikatakan bertujuan untuk menyatukan semula parti politik pembangkang.


Pengerusi jawatankuasa penaja pergerakan itu ialah Mohamad Sabu dan antara anggota jawatankuasa interim ialah bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar, bekas Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, serta bekas pemimpin kanan parti seperti Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori