Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Jenazah Bekas Adun Tahan...

KUANTAN - Jenazah bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan Datuk Seri Wan...

Farkhan Lakar Sejarah Julang...

JOHOR BAHRU - Petinju profesional negara, Muhammad Farkhan Haron melakar sejarah, apabila berjaya...

Kaji Semula Dasar Pengiraan...

KOTA KINABALU - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu kerajaan mengkaji...

Zainal Rahim Dilantik Ketua...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Zainal Rahim Seman dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit...

“Tiada Sebab PAS Keluar Kerajaan Selangor” – Iskandar

KUALA LUMPUR – “Tidak ada sebab kenapa PAS perlu keluar daripada kerajaan di Selangor,” kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar A.Samad.

Tegas beliau, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali tidak membuat sebarang pengumuman bahawa kerajaan Pakatan Rakyat tidak lagi wujud.

“PAS (Selangor) bertegas kerajaan Selangor hari ini adalah masih kerajaan Pakatan Rakyat.

“Tidak ada sebarang pengumuman bersama dari pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat bahawa pakatan ini tidak lagi wujud,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kata Iskandar, keputusan Majlis Syura Ulama (MSU) baru-baru ini juga tidak memutuskan PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

Menurutnya, segelintir pihak tersilap membaca keputusan MSU sehingga menyangkan MSU mahu PAS keluar daripada Pakatan Rakyat.


Bagiamanapun, katanya, jika PAS telah keluar daripada Pakatan Rakyat maka PAS mungkin perlu menarik diri dari sebarang kerajaan pakatan tersebut.

MSU baru-baru ini menegaskan bahawa PAS memutuskan segala bentuk kerjasama dengan DAP menyebabkan DAP mengumumkan Pakatan Rakyat tidak lagi wujud.

Sehubungan itu, pemimpin DAP mendesak supaya wakil PAS dalam kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor meletakkan jawatan. – MYNEWSHUB.CC

https://youtu.be/ez4lJFYyFZU

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori