Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PU Rahmat Tulis Surat...

KEHADIRAN pelakon baharu Mira Filzah dalam industri hiburan tanah air ternyata memberi satu aura...

Tiga Lelaki Disyaki Penculik...

SEMPORNA - Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun akan mengadakan sidang akhbar...

Catatan 4 Atlet Paralimpik...

RIO DE JANEIRO - Tiada yang mustahil. Itu ayat yang sesuai diucapkan kepada...

Kuda Polis Dikebumi Penuh...

NEW DELHI - Seekor kuda polis di Dehradun dekat sini dikebumikan dengan penghormatan penuh...

Tiada Sebab PR1MA Diabaikan Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN – Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak pernah mengabaikan perancangan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di negeri ini, sebaliknya kelulusan akan diberi sekiranya ia memenuhi syarat ditetapkan untuk rumah mampu milik, kata exco kerajaan negeri.

Exco Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan negeri Jagdeep Singh Deo, bagaimanapun berkata kerajaan negeri mempunyai sebab-sebab kukuh untuk tidak meluluskan pelan perumahan mampu milik yang dicadangkan agensi kerajaan persekutuan di negeri ini.

“Tiada sebab munasabah PR1MA diabaikan di negeri ini berbanding fakta sememangnya wujud sebab untuk projek agensi kerajaan persekutuan tidak diluluskan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ahad lepas, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman dilaporkan berkata rancangan fasa ketiga PR1MA dikhuatiri tidak dapat dilaksanakan di negeri ini.

Ia berikutan kegagalan kerajaan negeri pimpinan DAP meluluskan pelan pembinaan 9,000 unit rumah kos rendah dan mampu milik oleh JKP Sdn Bhd dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda).

Jagdeep Singh berkata PR1MA juga tidak pernah menyatakan kepada pihaknya bahawa kesinambungan projek PR1MA di Pulau Pinang tertakluk kepada kelulusan 9,000 unit rumah mampu milik yang dicadang agensi kerajaan persekutuan itu.


“Dalam urusan surat menyurat dengan PR1MA sebelum ini, PR1MA tidak sesekali menyatakan rancangan pembinaan itu tertakluk kepada kelulusan projek kerajaan pusat yang lain tetapi ia lebih kepada isu lokasi dan tanah,” katanya.

Jagdeep Singh berkata projek agensi kerajaan persekutuan itu bukan 100 peratus untuk perumahan mampu milik seperti yang dipohon dan isu itu telah dijawab oleh beliau sejak Oktober tahun lepas.

Beliau berkata Zainal Abidin sendiri tidak menafikan majoriti unit berkenaan bukan unit perumahan mampu milik iaitu harga seunit setinggi RM1.85 juta di kawasan pulau, manakala RM800,000 di bahagian seberang.

“Ia melebihi had siling mampu milik iaitu RM400,000 di bahagian pulau dan RM250,000 di seberang. Apakah harga RM1.85 juta dan RM800,000 merupakan harga mampu milik?,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori