TIGA pelajar dilaporkan terbunuh manakala seorang lagi cedera dalam kejadian tembakan rambang berhampiran kampus Universiti Maryland, Amerika Syarikat, yang berlaku jam 10.30 malam waktu tempatan hari ini.
Menurut Detektif Rashawn K. Strong dari Jabatan Polis Baltimore, pihak polis masih lagi menyiasat motif tembakan dan pihaknya juga belum mengenal pasti identiti mangsa yang terbunuh serta tercedera dalam kejadian terbabit.
Mangsa yang terbunuh merupakan dua orang lelaki, seorang wanita dan seorang wanita tercedera kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan daripada hospital berdekatan.
Insiden dipercayai berlaku berhampiran Poppleton Street yang menempatkan kawasan perumahan pelajar dan pekerja institut pengajian tinggi terbabit.
Menurut laporan, terdapat saksi yang melihat dua buah van berhenti di tepi jalan sebelum seorang suspek keluar dari van sebelum melepaskan tembakan rambang terhadap sekumpulan orang di kawasan kampus.
Sehubungan itu, pihak berkuasa telah memberikan amaran kepada seluruh warga universiti itu agar sentiasa berhati-hati dengan pergerakan mereka sehingga tertangkapnya individu yang menjadi dalang insiden tembakan rambang terbabit. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=RpJXj6-xx3o
Oleh: JULIANA JOHAR