Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

TNB Beli Arang Batu...

AYER KEROH: Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memeterai perjanjian import arang batu dengan...

Sebut Nama Bandar Terpanjang,...

SEORANG wartawan penyiar lelaki menjadi perbualan hangat di internet selepas berjaya menyebut nama...

Iraq Masih Tunggu Malaysia...

KUALA LUMPUR - Demi kepentingan hubungan dua hala, Iraq berharap Malaysia akan membuka...

Perlu Tenaga Kerja Dinamik...

KOTA KINABALU - Malaysia memerlukan tenaga kerja dinamik, yang memiliki pelbagai kemahiran dan...

Tips Kekal Ramping Dan Berat Badan Ideal Ketika Raya

PASTI ramai yang merasakan apabila tamatnya bulan Ramadan, bermulalah pesta ‘balas dendam’ memakan juadah makanan yang lazat di Hari Raya.

Haa lepastu pasti ramai yang akan merungut berat badan semakin bertambah selepas raya ini…Biasalah, menolak godaan makanan yang enak-enak raya ini macam sukar sahaja.

Tetapi jangan risau, kami ada tipsnya! Jom lihat di bawah.

Rancang waktu pemakanan

Setelah berpuasa selama sebulan, sistem pencernaan perut telah direhatkan. Bayangkan keadaan perut anda yang telah lama berehat dan secara mengejut diberi makanan yang banyak tanpa henti.

Hal ini boleh mendatangkan masalah kepada perut anda kelak. Jadi, nasihat kami adalah merancang pemakanan anda dengan makan secara berperingkat. Jangan makan dalam kuantiti yang banyak pada hari raya pertama. Beri masa untuk perut anda kembali beroperasi secara normal.

Khas buat anda yang berpenyakit

Bagi anda yang mempunyai penyakit berkaitan jantung, darah tinggi mahupun diabetis, pengawalan jenis makanan yang diambil amat penting! Elak makanan tinggi gula dan karbohidrat buat pesakit diabetis.

Makanan ringan seperti kerepek dan kuah rendang atau berlemak harus dielakkan bagi pengidap sakit darah tinggi. Kandungan garam dan bahan perasa di dalam masakan tersebut sangat tinggi dan mampu menjejaskan kesihatan anda. Bagi pesakit jantung pula, sebolehnya makanlah makanan yang telah dinasihatkan oleh doktor anda. Makanlah kuih raya yang sihat mengandungi oat dari kuih-kuih yang lain.

Elak makanan manis

Makanan mengandungi gula berlebihan sememangnya adalah taboo buat anda yang ingin mengekalkan tubuh badan langsing sihat. Sebolehnya kurangkan makan kuih raya yang banyak, dan elak dari meminum air yang bergas.


Seperti yang kita tahu, soft drinks adalah sejuk, segar dan manis. Tapi apa yang anda tidak tahu, minuman ini hampir tidak mempunyai walau sedikit khasiat pun kepada tubuh. Malah kandungan gula di dalam air ini berada di paras sangat bahaya. Jadi, gantikan air ini dengan air pengambilan air putih dan juga jus buah-buahan jika anda memerlukan gula.

Kawal saiz pemakanan

Bagaimana mahu mengawal saiz pemakanan? Mudah sahaja caranya. Gunakan pinggan yang kecil ketika mengambil makanan.

Ini merupakan cara disiplin yang dikatakan mampu mengawal saiz makanan anda. Jika anda menggunakan pinggan yang besar pasti kuantiti makanan yang diambil juga bertambah banyak.

Senaman ringkas

Perkara ini adalah perkara paling wajib untuk kekal sihat. Curilah masa setidak-ridaknya 15 minit setiap hari untuk anda lakukan senaman ringkas di rumah. Lakukan senaman anda secara berjadual.

Lakukan ini dan lihatlah hasilnya, tidak perlu sekat-sekat makanan. Hari raya ini, raikan dengan riang. Tiada lagi rungutan berat badan naik selepas raya. Selamat berdiet dan Selamat Hari Raya dari kami buat pembaca Mynewshub!

Sumber: Petua Kevin Zahari

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori