SALAM Aidilfitri diucapkan buat semua pembaca Mynewshub.
Dalam kita bergembira menjamu selera dan bertemu sanak-saudara, jangan kita lupa untuk berehat seketika agar tenaga baru dapat diperolehi untuk terus sambung beraya bersama keluarga dan yang tercinta.
Yang paling penting, kita perlu mendapatkan masa beradu yang ideal selama lapan jam agar tidak berasa lesu dan kurang bermaya di keesokan hari.
Di bawah merupakan antara kebaikan dan kelebihan sekiranya kita mendapat waktu tidur yang mencukupi:
1. Hidup Lebih Lama
Terlalu lama atau singkat waktu tidur boleh mempengaruhi jangka hayat anda. Tidur juga mempengaruhi kualiti hidup kerana jika cukup masa rehat, anda akan jadi manusia yang gembira dan sihat, sekali gus membuatkan pengalaman hidup lebih ceria dan bermakna.
2. Elat Penyakit
Penyakit radang berkait rapat dengan penyakit jantung, strok, diabetes, artritis dan juga kesan penuaan. Kajian mendapati mereka yang tidur kurang daripada enam jam sehari mempunyai paras darah yang tinggi.
3. Membaiki Daya Ingatan
Apa juga yang anda lakukan atau pelajari ketika di waktu berjaga, akan diingati dengan lebih baik selepas tidur. Ketika tidur, otak menyimpan skil yang dilakukan dan kemudian disimpan dengan baik dalam memori.
4. Mengurangkan Stres
Tidur yang tidak mencukupi akan membuatkan tubuh anda penat dan sekali gus mempengaruhi hari yang anda lalui. Anda akan menjadi mudah marah, tidak bersemangat, hilang tumpuan dan tidak gembira.
Untuk mendapatkan waktu tidur yang berkualiti, suasana dalam kamar beradu turut memainkan peranannya yang tersendiri.
Bagi mendapat tidur yang cukup, anda hanya perlu mematuhi tips-tips yang dinyatakan di bawah ini:
1. Cahaya Malap
Ada kajian mendapati, lampu yang terpasang terang di dalam bilik tidur menyukarkan anda untuk mendapat tidur yang nyenyak. Melatonin, hormon yang mengawal kitaran tidur dan bangun manusia bertindak balas dengan suasana gelap. Selain itu, pendedahan cahaya lampu secara berpanjangan pada waktu malam mempengaruhi kualiti tekanan darah, tahap glukosa dalam badan serta kawalan suhu badan.
2. Elak Bilik Bersepah
Bilik tidur yang bersepah boleh menyebabkan anda stres. Setelah penat bekerja di pejabat dan meredah kesesakan lalu lintas yang menjengkelkan, apa yang anda mahu sejurus tiba di rumah adalah keadaan rumah dan bilik tidur yang kemas. Less is more. Hiasi bilik tidur dengan perincian sederhana dan corak serta rona yang tidak menyakitkan mata. Anda juga boleh menambahkan lilin wangian yang boleh merangsang keinginan untuk terus beradu.
3. Selalu Cuci Cadar
Tahukah anda, lokasi lembap seperti di Malaysia menjadikan berat tilam di rumah menjadi dua kali ganda akibat pengumpulan hama dalam masa 10 tahun? Ia tidak nampak secara mata kasar, naun cukup untuk membuatkan anda tidak selesa. Cuci cadar dalam air panas dan tukar setiap dua minggu sekali. Penggunaan permaidini nipis adalah lebih baik daripada karpet yang mudah memerangkap habuk.
4. Tiada TV Dalam Bilik
Dinasihatkan agar tiada televisyen di dalam billik tidur. Selain itu, elak meletakkan komputer riba, jam loceng elektrik dan pelbagai lagi barangan yang punyai elektromagnet dekat dengan anda ketika tidur. Bukan setakat merangsang sel kanser dalam badna, malah ia menganggu anda untuk tidur dengan baik. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: JULIANA JOHAR
Sumber: Majalah EH
How to Sleep Better