Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kes Siti Kassim: Muhyiddin...

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meminta Ketua...

Pusat Pemindahan Di Setiu...

KUALA TERENGGANU - Pusat pemindahan terakhir di Setiu iaitu di Surau Kampung Nyatoh...

Kanak-Kanak Positif Dadah Terpaksa...

Kota Bharu : Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang kritikal akibat terdapat kandungan...

Peluru Zionis Turut Sasarkan...

PETALING JAYA – Bukan hanya manusia, haiwan pun turut menjadi korban kekejaman Israel.Wow….pizza...

Tipu RM9,000: Ahli Perniagaan mengaku Tidak Bersalah

IPOH – Seorang ahli perniagaan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tiga pertuduhan menipu seorang lelaki membabitkan wang berjumlah RM9,000.

V.Vicknes, 38, didakwa menipu G.Segaran, 56, untuk mempercayai bahawa dia boleh mendapatkan pinjaman pelajaran Kementerian Belia dan Sukan untuk anaknya hingga mendorong beliau menyerahkan RM4,790 di CIMB Ipoh Padang, di sini pada 4.42 petang, 3 April lepas.

Tertuduh juga didakwa menipu Segaran atas alasan yang sama hingga mendorong beliau menyerahkan RM210 di CIMB Ipoh Padang, di sini pada 4.44 petang, 3 April lepas dan menyerahkan RM4,000 di CIMB Menglembu, di sini pada 6.13 petang, 4 April lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun, dengan sebatan, serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.


Majistret Nurul Asyifa Redzuan membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Ogos untuk sebutan semula kes.

Vicknes diwakili peguam E.P. Sittan dan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sally Chay Mei Ling. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori