TANPA memberitahu sebab sebenarnya, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atau Tunku Mahkota Johor (TMJ) diumumkan telah meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor pada pukul 5 petang, Ahad (12 Julai 2015).
Keputusan mengejutkan itu dibuat menerusi satu posting di Facebook Fan Page Johor Southern Tigers oleh Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor, Mohd Fahmy Yahya.
Turut diumumkan, pengganti tempat TMJ selaku Presiden PBNJ adalah YB Dato’ Haji Ismail Bin Karim, Setiausaha Kerajaan Johor.
Berikut kandungan pengumuman tersebut:
PENGUMUMAN RASMI
Saya, selaku Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor, pada hari ini mengisytiharkan bahawa DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim,Tunku Mahkota Johor, telah meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor pada pukul 5 petang tadi (semalam- 12 Julai 2015).
Untuk makluman semua, YB Dato’ Haji Ismail Bin Karim, Setiausaha Kerajaan Johor telah dilantik menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor.
Walaubagaimanapun segala perancangan, pengurusan kewangan, pentadbiran, pembentukan akademi dan stadium baru serta polisi persatuan akan diteruskan.
Segala perancangan jangka masa panjang dalam sukan bola sepak Negeri Johor termasuk dari segi infrastruktur dan segala yang berkaitan akan tetap dilaksanakan. Sekian, terima kasih. Hidup Johor, demi Johor.
Mohd. Fahmy Bin Yahya, Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor.
————
OFFICIAL ANNOUNCEMENT
As the Honorary Secretary of the Johor Football Association, I announce that HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim has resigned as President of the Johor Football Association at 5pm today.
Dato’ Haji Ismail Bin Karim, State Secretary of Johor, has been appointed as his replacement.
Regardless of the change, all matters pertaining to the club such as future plans, finance management, the organisational structure, the building of the football academy and new stadium, and the association’s policies will remain as it is.
All long-term plans for the benefits of Johor football will continue to be executed.
Thank you. Hidup Johor, Demi Johor.
Mohd Fahmy Bin Yahya, Honorary Secretary of the Johor Football Association.
Walaupun belum dinyatakan secara jelas, kami percaya ada alasan konkrit berkaitan keputusan TMJ ini yang mungkin akan diungkapkan baginda selepas ini.
Sama-sama kita nantikan. – MYNEWSHUB.CC